Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Sebelum memulakan post ini saya cuma nak berkongsi kepada mereka-mereka yang rajin dalam membuat website untuk mencuba part time web designer.. Satu tawaran yang menarik dari cari.com.my.. Enjin carian yang telah lama bertapak di Malaysia . Sila klik di url ini http://cari.com.my/ptwd/ untuk keterangan lanjut..
Okay mulakan kembali dengan tajuk utama iaitu konsisten..Konsisten merupakan sesuatu yang tetap atau sama.. Ini hanya pendapat saya je.. Cuma yang ingin dinyatakan dalam post kali ini ialah sejauh mana kita konsisten dalam membuat keputusan.. Adakah anda sentiasa berubah atau konsisten dalam melakukan sesuatu perkara?? Memang sukar sekali untuk konsisten dalam sesuatu perkara.. Malahan untuk menulis dalam blog pun memerlukan konsisten yang tinggi.. Bagi penulis level rendah macam saya ini selain dari memberikan tajuk-tajuk yang menarik konsisten dalam menulis amat penting..
Memang untuk jadi konsisten dalam apa jua yang dilakukan bukanlah mudah lebih-lebih lagi perkara yang dibuat berulang kali.. Saya akui sukar untuk konsisten dalam sesuatu perkara… Cepat bosan merupakan musuh utama untuk kita membuat sesuatu perkara dengan konsisten.. Apa pendapat anda?? Sejauh mana pula anda konsisten dalam melakukan sama ada kerja, keputusan dan sebagainya?? Mungkin ada kaedah terbaik untuk mengekalkannya??

p/s : Dalam proses pengemaskinian sidebar.. Minta maaf jika ada link-link dalam blogroll yang terpaksa didelete untuk mengemaskan lagi sidebar yang kelam kabut sikit.. Sedang mencari penyelesaian untuk menambahkan kembali link-link rakan-rakan dengan kemas.. Minta maaf sekali lagi..

7 Responses to “Konsisten”

  1. Suka jugak ngan tajuk post ni..Konsisten.

    sememngnya konsisten penting dalam segala hal kehidupan kita.Tanpa ada sikap konsisten ini, maka kita akan mudah goyah dan tiada hala tuju dalam melakukan sesuatu perkara.

    Saya suka menggunkan ayat ini untuk menunjukan sikap konsisten dalam berblog ini..”Berblog umpama satu larian marathon, bukannya larian ceput, sesiapa yang dapat bertahan lama maka dialah pemenangnya”

    [Reply]

  2. en taiko…

    saya amat terpanggil untuk menulis… eh menaip… apabila membaca TAJUK yg saudara berikan. Sesungguhnya, tajuk itu memainkan peranan untuk kita terus membaca atau meninggalkan terus. Tahniah saya ucapkan kepada saudara penulis, eh salah lagi… saudara penaip, kerana telah memberi satu impression yg baik yg membuatkan saya teruja untuk meneruskan pembacaan. Semoga akan kembali dengan tajuk tajuk yg lebih catchy dan mengancam.

    Syabas kepada saudara zool….

    [Reply]

  3. zool, sekejap cakap cam tu, sekejap lagi buat lain pulak…hehehe tu yang tak konsisten tu…

    zool, untuk menjadi seorang pegawai atau pekerja yang cemerlang, kerja dan percakapan atau tingkah laku kita kena konsisten, barulah kita dihargai dan dihormati. Tanpa konsistensi hidup akan terumbang ambing….tak tahu arah mana nak tuju dan matlamat apa nak buat.

    Dalam mencari makwe juga kena konsisten zool…..jangan hari ni cari, besok cari….tak dapat terus berhenti je…kena usaha lagi…cari dan terus mencari….wakakaka…sorry dik…jgn delete pulak komen Ktom ni hahahaha

    [Reply]

  4. afzai —>betul tu.. saya akan ingat ayat anda…
    firus —> ‘Impression’ tu bukan nama kumpulan Eizlan YUsof, Norman Hakim dan tokei bas tu ke??? masa zaman dulu2.. ha ha ha..
    ktom—> insyallah ktom .. akan cuba mengkonsistenkan hidup agar tidak terumbang ambing…
    okay.. akan ingat pesanan ktom… he he he… tak delete pun…

    [Reply]

  5. hehehe bagus2….jika delete tak nak komen lagi…wakakakaka

    [Reply]

  6. wah, themes yang bertukar rupanya. Lawo nampaknya :P

    Oh ya, saya ni leh katakan kategori tak konsisten gak ler untuk sesetengah benda. nak ubah slow-slow. Oh.

    [Reply]

  7. ktom —-> ala jangan lah camtu ktom oit..
    ramzwatcher —> biasalah.. konsistensi bukan mudah untuk dikekalkan..harap ramz akan jadi pengunjung blog ini secara konsisten (pancing nie..) setelah sembuh dan kembali aktif dengan aktiviti blog…

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>