Komputer di format

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bukan gambar sebenar..

Kalau anda mengikuti blog ini mungkin terbaca mengenai komputer saya yang dijangkiti virus autorun.inf. Nampaknya tiada jalan penyelesaian terbaik lalu terpaksa di format. Dan lebih menyedihkan bila partition D: yang mempunyai banyak koleksi gambar, anime dan dokumen juga telah hilang disebabkan oleh masalah tersebut. Komputer saya memang telah berusia, malahan tiada DVD Rom lagi. Disebabkan CD Windows XP yang dibeli 2-3 tahun lalu tidak berjaya diinstall terpaksalah menghantar ke kedai. Wargh. Sedihnya bila mengenangkan betapa beberapa gambar koleksi untuk blog ohpemandu terpaksa di cari semula. Tak mengapalah itu kan cabaran selaku seorang blogger. Tak boleh putus asa.. Walaupun ianya menyakitkan..

Rasanya ini bukan kali pertama saya mengalami masalah ini. Sebelum ini pun berlaku masalah pada hard disk. Masih tak belajar dari kesilapan. Sepatutnya saya perlu melakukan perkara berikut :-

1. Menulis dalam diari atau buku mengenai maklumat akaun. Nasib baik saya ada menyimpan maklumat akaun-akaun seperti domain, godaddy dalam excell dan disimpan dalam gmail. Tetapi masih ada yang tertinggal.
2. Menulis dan mencatat tentang transaksi dalam buku. Agak malang sebelum ini pendapatan paypal hanya dicatat dalam excel dan tak sempat diselamatkan. Kena semak balik transaksi dalam emel dan forum..
3. Gambar-gambar patut disimpan dalam CD ROM secepat mungkin. Ada plak gambar yang tak di print lagi tu. :(
4. Jangan sesekali berani mengunakan pendrive yang telah dicucuk di komputer pejabat.. Sebelum ni virus autorun.inf ni memang bermaharajalela di pejabat. Mungkin ini salah satu sebabnya..
5. Selain install antivirus kena cari alternatif untuk perisian yang mampu mengesan virus pelik camni..
6. Amanz.my ada mencadangkan agar mengunakan open source tapi buat masa ni si Zool belum mempunyai keberanian untuk mencubanya. Almaklumlah tua-tua camni nak guna benda baru tak berapa pandai.

Okaylah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan cadangan tapi nampaknya terpaksa gak buat keputusan drastik.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :729
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Komputer di format”

  1. spattNo Gravatar says:

    open source best.. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ramai cakap best tapi tak berani nak pakai lagi

    Reply

  2. cikepalNo Gravatar says:

    entry yang berguna ;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sikit2 je

    Reply

  3. amanNo Gravatar says:

    guna ubuntu beb. memang syok. takde masalah autorun.inf.

    tapi kalo guna windows gak, pasang microsoft security essentials, selamat sikit. huhu~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok tq.. man..
    kalau aku mampu beli laptop aku pakai ubuntu..

    Reply

    titanNo Gravatar Reply:

    sekarang dah banyak laptop harga mampu milik. Untuk harga Rm1200 pun dah ada. Kumpul la rm100 sebulan. Cukup 12 bulan, dah leh angkat satu laptop. Hehe..

    Reply

Leave a Reply