Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Semoga sihat-sihat hendaknya. Hari ini saya ingin menulis mengenai komentar atau dengan ayat mudahnya pemberi komen .. Melalui analisis dan pemerhatian saya terdapat beberapa jenis komen yang sering didapati dimana-mana blog pun.. Malahan ada sesetengahnya digunakan oleh saya sendiri. Antaranya ialah :-
      a) [ Komen yang bernas ]– Komen yang cukup bernas dan memberi kesan mendalam dalam diri penulis.. Ramai para komentar yang tergolong dalam golongan ini.. Dan contoh utama semestinya ktom. Selaku top commentator komen-komen yang diberi cukup bagus sekali… Dengan pengalamannya beliau memberikan pandangan dan pendapat yang cukup berguna walaupun selalu terkena di batang hidung penulis.. He he he teruskan komen itu..
       b) [ Komen pedas ] — secara jujurnya saya belum pernah menerima komen-komen yang melampau… Kalau ada tgk kategori, kalau melampau sudah pastinya ia akan masuk ke tong sampah… He he he.. Jujur nie.
       c) [ Komen tiada hala tuju]– He he he biasanya pengkomen jenis ini akan hanya baca tajuk utama.. Dan komennya akan sedikit tersasar dari apa yang ditulis…Tapi takpe penulis pun selalu buat camtu..
       d) [ Komen yang merapu ] — Komen yang langsung tiada kena mengena dengan topik yang ditulis.. Contoh seperti post pasal ‘ Itik Serati ‘ tapi dia komen pasal ‘ Kandungan Mineral dalam Bumi’… He he he.. Rasa-rasa pernah tak anda terbaca komen-komen sebegini???
        e) [ Komen ada udang di sebalik batu] — panjang ye kategori nie.. Komen ni biasanya terjadi pada blogger wanita.. Sebagai contoh blogger, Cikgu Azleen pernah ditanyakan tentang status beliau… Dan agak malang kepada yang bertanya tu… He he he.. Kena hati-hati dengan komen jenis ini..
    f) [ Komen tiada idea ] — komen jenis ini biasanya akan menulis 1 ayat dengan 4-10 perkataan.. Secara jujurnya kadang-kadang bila buntu saya akan meninggalkan komen jenis ini. Contoh seperti ” Ini kali pertama saya melawat blog ini”, ” Tak tau lah nak komen apa”, ” Bestlah blog ini, saya suka”.. Rasanya ramai yang guna kaedah ini kan.. Kalau nak diikutkan mungkin ianya lebih kurang dengan no c) tapi biasanya yang ini tiada tulisan berkaitan langsung dengan topik..
g) [ Komen untuk backlink ]– Komen jenis ini menggunakan banyak cara.. Salah satu dengan meminta agar pertukaran link dilakukan.. He he he he.. Saya juga selalu guna kaedah ini.. Tapi kadang-kadang orang yang di link exchange pula terlupa letak link kita kat blog dia..
h) [ Tiada komen ]– He he he… Saya rasa ini memang biasa berlaku terutama kalau dirasakan bahawa post itu tak menarik..
p/s : – Kepada kawan-kawan yang menulis komen di sini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan maaf ( tak semestinya raya @ nak meninggal je minta maaf kan) kalau mungkin ada komen-komen saya yang tak memuaskan hati dalam blog masing-masing atau blog ini..
Rasanya cukup jenis-jenis komen yang biasa kita lihat di mana-mana blog.. Untuk makluman semua, ini merupakan idea dan pendapat saya sahaja… Bukan lah fakta yang tepat…. Harap jangan menggunakan ia untuk kegunaan fakta ye… Hanya idea suka-suka..
p/s :Â Saya telah memberikan testimonial kepada ebook ” Mencari Bahagia Selepas Terluka”. Jadi dapatkan segera di link Bisikan Hati.
Selain itu kepada sesiapa yang malas nak buka web ini tapi ingin membaca artikel-artikel terbaru anda boleh melanggan terus artikel ini diemel anda.. Tiada bayaran dikenakan…
RSS Feed
Twitter



August 23rd, 2007
zool
Posted in 


Saya tidah tahulah mana satu kategori komen yang bagus ni tapi bagi saya :
Paling baik komen yang membina dan memberikan perangsang dan bukannya komen yang membuatkan orang lemah semangat atau lemas didalam sungai atau longkang.
Kadang-kala komen boleh diberikan kalau kena pada tempatnya atau bergantung kepada jenis posting.Kalau tidak,lain pula cerita yang akan timbul. Kadang-kadang komen saya pun ada yang saya tak sengaja , terrrrtulis yang menyakitkan.Alamak !!!
Itulah sebabnya kadang-kadang saya tak mahu bagi komen, mana tau komen boleh menyakitkan urang pula..hehehe.Sebenarnya tidak sengaja , sebab bagi komen yang menyakitkan tu semasa waktu stress atau tertekan….
Ada masanya orang merasa diejek bila dia merasa sedih tapi ada orang yang merasa itu bukan ejekan bila tidak merasa sedih sebab masa itu dia akan berasa gembira.
Cuba , kalau orang yang putus cinta posting dengan frust dan ada 100 orang bagi komen , ada yang membina dan menyakitkan.Yang menyakitkan itu sudah pasti yang tidak membantu atau tidak memberikan apa-apa peransang atau sokongan ..
Sebab itu,kalau boleh bagi saya,tak mahu bagi komen tapi saya dah set didalam fikiran bahawa saya memberi komen untuk membina dan memberika galakan dan sokongan dan tidak menyokong yang berbaukan pergaduhan atau perbalahan.
Sebab itu,kalau saya menghadapi masalah atau tertekan dengan perkara lain di luar,lebih baik saya tak buat posting kerana komen yang diberikan mesti semua negetif…Saya dah Test….Hehehe…
Reply
Askm zool, jangan terlalu memuji. Ktom pun ada kelemahan yg tersendiri. Komen diberi biasanya berdasarkan pengalaman atau pemerhatian. Dan disebabkan Ktom agak berumur dan ada banyak pengalaman membuatkan cara mengomen tu lain sikit…mesti cam emak2 atau ibu kan? hehehe
Memang dalam pertuturan dan penulisan kita kena jaga sebab setiap apa yang orang dengar dan orang baca itu, jika tidak kena cara penyampaian atau menggunakan bahasa yang kasar tentu orang akan berkecil hati. Fikir dulu apa yang ingin ditulis dan disampaikan. Jika kita rasa terhiris maka orang lain pun turut akan merasai apa yang kita rasakan.
Seharusnya dalam satu perhubungan apa ayng disampaikan itu dapat memberi manafaat kepada orang lain dan nuga diri kita sendiri.
Ktom setuju dengan apa yang San katakan itu. Sebab tu lah bila secara langsung (live bukan kat internet ler ) bila kita nak jumpa atau berbincang dengan seseorang tu, kita kena belajar tengok mood dia. Adakah ok atau dia sedang marah atau susah hati. Jika sedang marah…jagn jumpa dulu, nanti apa yang keluar dr mulut dia kita akan terasa kecik hati sbb orang bila dalam keadaan tidak terkawal boleh berkata apa saja sebab emosi mengawal fikiran mereka.
Reply
zool, bagus ler….awak ni memang banyak idea yang genuine…apa yang terlintas difikiran terus dijadikan post kat blog. Hehehe…..awak memang seorang observer….selalu buat kajian tentang banyak perkara….dan hasilnya wujud lah beberapa kategori pengunjung ler, pengomen ler hehehe lepas ni entah apa pulak.
Anyway keep up the good work. semakin banyak zool menulis semakin sedap ayat tu dan semakin byk yang boleh kita kongsikan bersama.
Reply
mmm..maaflah zool kalau komen saya tue nampak macam lari tjuk jek..huhu..seboleh-bolehnya,semua post rakan blogger saya akan saya komen supaya ada interaksi dua hala..dengan komen,tau la kita mane satu pos yang mmg menarik orang untuk baca ataupun tak secara tal langsung..jadi,kalo post yang banyak komen tue..menarik la insya allah jadi perbanyakkanla post jenis tue tp jganlah sampai tak seimbang..heee..daripada zool di blogspot dulu hingga ke host sendri..makin mantap gaya penulisan zool jdi keep up the good work k bro..
saya nie kalo minat kat satu2 post,saya akan komen..mcam post zool yg ade sebut psal one liter tears,sy mmg sker..heee..tue yang saya komen..kalo bole bantu ape2 yg patut,sy bantu ok..wssalam..
Reply
ada pulak kategori pengkomen ye.. Setakat ini saya tak pernah lagi memberi komen tiada hala tuju atau komen takde idea.. Kadang2 tuh walaupun rasa nak beri komen, tapi tak tahu nak komen apa, ianya akan berakhir dengan tiada komen..
P.S.: Oppsss.. Yang ini kategori yang mana ya??
Reply
san —> betul tu.. komen yang bagus ialah komen yang memberi pendapat .. Selain itu pada pendapat saya komen-komen yang bersifat kritikan secara membina amat bagus untuk kita sama-sama memperbaiki diri.. Memang diakui kadang-kadang bukan mudah untuk mengeluarkan komen-komen bernas dan membina.. sebab tu ramai rakan-rakan ambil masa untuk meninggalkan komen kat blog ini..
ktom —> betul tu saya suka melihat dan menilai.. kebanyakan post yang ditulis tidak diceduk dari mana-mana blog atau buku.. Saya bukan mengangkat ktom cuma menyatakan betapa bergunanya pengalaman ktom dalam memberi komen yang sesuai untuk semua.
cikguazleen —> mungkin komen tepat dan padat kot….. he he he ..ini bukan komen membodek tau…
Reply
isk,isk.isskkk…Rupanya Zool ni kritikal thinker jugak yer. Siap boleh analisis jenis-jenis komen lagi.
tapi dalam banyak-banyak tu, yang menyakitkan hati bila komen yang negatif dalam blog kita, buat spam.setakat out of topic boleh dimaafkan lagi.
Reply
aku terima semua jenis komen, cuma kadang sedey sket ada sesetengah pelawat, datang x sampai seminit terus tinggal komen dan blah… entri 2 muka boleh ke selesai baca dalam seminit? sekali, aku ttp terima… mungkin dia sibuk kan time tu…
Reply
saya pula tak kisah la nak komen apa pun..kalo negatif, terus je delete..hehehe..sonang kojo..
setakat ni, alhamdulillah..saya masih tercari-cari apakah gaya atau topik yang baik untuk menggalakkan orang komen..
Buat masa ni blog saya dikunjungi pengunjung2 yang dah sedia ada blog..Target asal saya ialah orang yang masih belum ada blog..Nampaknya teknik marketing saya ada sikit kesilapan..hehehe..
ps: cuti ni boleh mengkaji skit
Reply
shutterspeaks,
cam mana kita boleh tahu pelawat yang datang tak saampai seminit, bagi komen dan terus blah tu….ikhlas ni tak tahu…
Reply
Salam siaran zool..
wah! banyak kategori komen yer. Bg abang klu nak tulis komen biarlah baca n faham dulu isi cerita. Rasa tak adil klu bagi komen sambil lalu/lewa.
Keikhlasan kita sebagai pemberi komen akan dapat di’baca’ menerusi gaya ‘persembahan’ yg terpapar. Walau tidak melihat wajah, tapi gaya persembahan itu akan menjelaskan siapa kita. Jangan berlakon kerana suatu hari kita mungkin terlupa.
Reply
zuhairy —> kritikal thinker?? fuiyo takut je bunyinya..
shutterspeaks—-> itu kira oklah tu.. shutterspeaks.. ada tu suruh tulis je apa2 komen pun susah..
abang em r —>betul tu bang em r..kita boleh lihat samada pengkomen tu baca atau tidak apa yang ditulis.. tapi takpe lah masing2 punya identiti sendiri..
Reply
Salam Zool.. blog anda telah di tag bagi Pesta Tag Merdeka 50. .. ini dikira komen jenis apa ye.. anyway.. selamat Merdeka!
Reply
ya,zool,sanny dah tag blog kamu untuk hari merdeka yg ke-50 akan datang ni,come and visit to see the bukti that ur blog has been tagged by me.Merdeka! Merdeka !!
Tag untuk hari merdeka.
Reply