KLHC juara baru hoki Piala Tan Sri P. Alagendra 2018

Pasukan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) sebentar tadi menjulang Piala Tan Sri. P Alagendra Hoki Malaysia TNB 2018 selepas menumpaskan juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) di perlawanan akhir.
Kedua-dua pasukan yang sememangnya dijangka bertemu di peringkat akhir untuk hanya dipisahkan melalui penentuan pukulan penalti pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

KLHC berjaya memanfaatkan pukulan penalti dengan keputusan 4-3 selepas terikat 3-3 pada perlawanan sebenar. Gol pasukan THT dijelmakan oleh pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat yang menjaringkan gol seawal minit ke `10 manakala Manraj SIng Sarjit Singh menjaringkan gol kedua THT seminit kemudian.
KLHC bangkit memperkemaskan permainan dan pada minit ke 16 pemain import dari Korea Selatan yang juga bekas pemain THT, Jang Jonghyun merapatkan kedudukan pada minit ke 16 diikut jaringan penyamaan oleh Mohd Syamim Yusof pada minit 23 menjadikan kedudukan terikat 2-2.

KLHC berjaya meledak gol ketiga melalui gol padanga Joshua Pollard pada minit ke 34 namun Peillat berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit. Dalam penentuan penalti shoot-out itu, penjaga gol KLHC berjaya menidakkan percubaan Faizal Saari sekaligus menjulang KLHC menjuarai kejohanan pembuka tirai Liga Hoki Malaysia.

2 thoughts on “KLHC juara baru hoki Piala Tan Sri P. Alagendra 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives