Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

KL Thunder juara berganda STL 2020 | Juarai STL Champions Cup

Skuad KL Thunder berjaya mengondol kejuaraan berganda bagi STL 2020. Pasukan KL Thunder yang diwakili pemain-pemain senior kebangsaan berjaya memenangi piala terakhir STL 2020 selepas memenangi Champions Cup 2020.
Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu 6 Mac 2021 menyaksikan pemain regu utama KL Thunder yang dibarisi oleh Syahir Rosdi selaku tekong utama, Norazlan Alias selaku perejam dan Amirul selaku pemain pengumpan membuktikan pengalaman mereka.
Bertarung menentang pasukan Penang Black Panther yang dibarisi pemain muda memberikan kemenangan selesa dengan 2 set iaitu 21-8,21-9.
Penang yang memulakan aksi dengan pemain Zulhusni sebagai pengumpan, Zarif selaku tekong serta Shahalril sebagai perejam tidak mampu memberikan tentangan.
Sebaliknya Syahir Rosdi berjaya mendapatkan 19 service ace dalam perlawanan tersebut. Meskipun Penang cuba melakukan pertukaran menggantikan tekong Zarif dengan Ezwan namun tiada banyak perbezaan.
Meskipun perejam Penang banyak mendapatkan mata tetapi kegagalan mengambil bola Syahir menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.


Walaubagaimanapun mungkin ini akan memberikan mereka pengalaman berharga memandangkan mereka dibarisi oleh pemain muda yang masih mampu untuk mengalas cabaran pasukan Penang Black Panther pada masa hadapan.

Dalam aksi lain pula menyaksikan ATM Guardian berada di tempat ketiga selepas menumpaskan Johor Tigris dengan keputusan 21-14,21-10.
Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Nampak dalam kejohanan kali ini menampilkan beberapa nama muda yang mungkin boleh diketengahkan untuk kejohanan akan datang.
Syabas STL…

Sumber Gambar : https://twitter.com/aamirmisra

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)