post

KJ dilantik sebagai Presiden baharu PLBNS

Mantan Menteri Belia dan Sukan , Khairy Jamaluddin ABu Bakar telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) bagi penggal 2020-2022.
Beliau dilantik bagi menggantikan Datuk Baharin Mohamed yang mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baharu selepas telah memimpin persatuan ini bagi tempoh lapan tahun.

Khairy yang kini merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang memberi kepercayaan kepadanya.
“Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk main peranan di persatuan sukan negeri dan paling sesuai saya lihat adalah negeri saya sendiri. Saya berharap dapat melahirkan pelumba berprestasi tinggi dalam semua acara (basikal) selain pegawai teknikal,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata beliau sudah meminta izin dan mendapat lampu hijau untuk memimpin persatuan sukan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menyentuh tentang sukan itu Khairy berkata, sesi libat urus antara pihak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bersama kelab dan komuniti berbasikal perlu diadakan, bagi membincangkan garis panduan dan etika yang perlu dipatuhi penunggang basikal di negara ini.

Katanya, ia penting sebagai usaha supaya orang ramai lebih mengetahui peraturan sebenar berbasikal selain tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, beliau turut berharap sebarang penguatkuasaan terhadap aktiviti berbasikal tidak dibuat terlalu ketat, sehingga menghalang pembangunan basikal di negara ini.

Beliau mengulas cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), mengenai keperluan setiap basikal di negara ini didaftar dan dilesenkan,

— BERNAMA

Sumber Gambar : https://twitter.com/ishvin/status/1307234122645958657/photo/1

Ligakampung.com sukar untuk memberikan komen lanjut. Cuma pasal isu basikal perlu mengambil lesen ini perlu diperhalusi. Mungkin KJ selaku individu yang berpengalaman dalam hal sukan boleh membawa isu ini selaku wakil persatuan berbasikal.

Mungkin sekarang ni Malaysia perlu mempunyai trek basikalnya sendiri…

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.