Kita tak prihatin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kadang-kadang kita rasa kita cukup ambil berat tapi kadangkala sebenarnya banyak perkara yang kita tak prihatin. Antaranya ialah :-

1. Tiap-tiap hari pergi balik kerja tapi tak tau nama kampung/ jalan yang dilalui.

2. Lupa tarikh lahir orang terdekat (mak,bapa,suami/isteri,adik beradik) tapi boleh tau tarikh lahir artis.. Tarikh lahir awek/pakwe lagilah ingat. Siap simpan remainder lagi.

3. Tarikh memperingati kekasih (Valentine Day) tau, siap sibuk menyambut walau salah disisi agama Islam (ada baca berita, Kaum Hindu di negara India pun protes hari Valentine) tapi hari kelahiran Nabi, hari sejarah negara lupa. Kalau ingat pun tak buat apa-apa,sekadar cuti sambil tengok tv je.

4. Kita kecoh perihal politik tapi ketua kampung pun tak kenal. Lagikan nak tau nama JKKK.. Nak kata pembangkang, tak masuk ahli pun.

5. Boleh dikatakan tiap-tiap hari lalu tempat pelancongan yang popular untuk orang luar tapi diri sendiri tak pernah pergi. Nak lagi best, buat entri pasal tempat pelancongan sedangkan diri sendiri tak pernah jejak. Eh, apsal tiba-tiba rasa cam terkena je..Hehehehe..

6. Jadi orang besar dalam pertubuhan kebajikan di peringkat negeri/negara tapi sayang terdapat saudara mara/jiran tetangga yang melarat tak dibela nasibnya.

7. Tak mendaftar mengundi tapi asyik nak mengutuk wakil rakyat yang terpilih. Layak ke ? Kalau undi yang wakil rakyat yang menang layaklah untuk menegur sebab dah bagi kepercayaan manakala bagi yang memilih sebaliknya boleh menyerang sebab dari awal tak percaya kepada yang mengundi tu. Yang tak mengundi tu elok duduk diam je la kan. Tak pun jadi lalang ikut mana angin bertiup

8. Bila jiran tetangga buat gotong royong, rumah kahwin langsung tak jenguk. Bila sendiri buat majlis takde orang datang, memang nasib badan le..

Okay, cukuplah setakat ni. Rasa pedas pula sebab banyak dituju kat diri sendiri tu.. Adoi..

Sekian,

p/s :- Lagi entri lama yang di kitar semula. Entri pada 12 Februari 2011 yang nampak masih relevan..

Please follow and like us:
error0

12 thoughts on “Kita tak prihatin

    • nama jalan kt ipoh sesetengah tempat saya tahu yg lain saya diam heee.. klu kg sy melaka sy tahu mungkin sb sy bukan org ipoh..eh..kejamnya jawapan saya ni kan heeee…

      note:bg sy tk kisah entri kitar semula tidak sy nak komen gak. penat admin tuls perah otak bina ayat heee..sybs utk usaha itu

  1. Hehe,..yang no.2 tu kalau terlepas atau tak ingat memang ada yang muncung nanti..bukan nak hadiah cuma nak ucapan jer tanda dihargai..mcm2,..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.