Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini saya terasa ingin menulis cerita yang mungkin telah banyak diperkatakan tapi tak salah kalau sekadar ingin berkongsi mengikut perspektif diri ini.
Saya sebenarnya terasa ingin menulis mengenainya berdasarkan suasana semasa. Berikut merupakan beberapa kes yang menyebabkan saya berpendapat seperti di atas.
1. Mungkin ada antara yang pernah terdengar tentang Rumah Mesra Rakyat.. Program ini memang bagus kerana ia memberi peluang kepada orang berpendapatan rendah untuk mendirikan rumah di tanah milik. Namun tak semestinya ia bagus..Walaupun bayaran pinjaman serendah RM150 sebulan namun ianya akan hanya menyebabkan seseorang itu terjebak dengan hutang.. Memang tiada riba dalam program ini tapi ke’tidakbijakan’ orang kita mengawal perbelanjaan boleh menyebabkan tanah tergadai.. Saya sendiri kecewa kerana kadangkala yang memohonnya ada yang berkemampuan untuk membina rumah sendiri tapi masih mengharapkan belas ihsan kerajaan.. Kerana itu saya menganggap kita masih miskin..
2. Saya perhatikan kebanyakan ‘orang kita’ masih mengharapkan bantuan penuh dari agensi-agensi berkaitan. Nak dapat modal perlu pinjaman sedangkan ‘orang lain’ mampu menjalankan perniagaan tanpa bergantung pada agensi pinjaman.. Kita masih miskin lagikan..
3. Belajar pun perlukan pinjaman.. Dah tu tak berbayar-bayar.. Cuba lihat ‘orang lain’ kebijaksanaan menguruskan kewangan mampu menyara anak-anak mereka ke luar negara tanpa biasiswa, pinjaman.. Tapi mereka lebih berjaya. Kita memang miskinkan..
4. Cuba anda lihat program perumahan rakyat.. Samada rumah pangsa yang sewanya kurang dari RM150. Cuba pandang dari bawah dan keatas.. Majoritinya siapa?? Tapi bila menjengah ke kondo ber’pengawal’ siapa yang miliknya?? Masih miskin kan.
Jadi kenapa kadang-kadang bila ada antara kita yang mendapat sedikit kesenangan merasa megah..
Selain dari miskin harta benda, kemiskinan budi bahasa pun sedikit sebanyak tercalit pada diri orang kita.. Budak-budak semakin kurang nilai kendirinya.. Tiada lagi kemahalan pada kesucian , kasih sayang dan sebagainya..
Jadi marilah kita teruskan untuk menjadikan diri dan ‘orang kita’ kaya.. Bukan sekadar harta sebaliknya serba serbi.. Dari pendidikan, budi bahasa dan sebagainya.. Ingatlah dunia bukan setakat untuk hari ini..
Okay cukuplah setakat ini.. Mungkin ada yang bersetuju dan ada yang akan membangkang.. Yang penting ada mata pandang, ada telinga dengar ada otak ?? Lu pklah sendiri..

















Kebenaran yang sesungguhnya adalah orang-orang kita kebanyakannya masih miskin pemikiran.Justru,keadaan inilah yang mengheret mereka ke kancah pemikiran yang cetek dan malas..lalu akhirnya hanya mengharapkan subsidi daripada pelbagai pihak.Paling menyedihkan ada yang sanggup berebut hak dengan orang yang betul-betul memerlukannya.Jika senario ini berterusan,ke manakah akhirnya hala tuju bangsa kita?Terealisasikah WAWASAN 2020?Fikr-fikirkanlah..
Reply
aku pernah berkerja dengan SPNB..
aku boleh katakan setiap hari lebih daripada 50 permohonan baru sampai..
Reply
zool
Reply:
January 28th, 2009 at 11:11 pm
Melaka mesti paling banyak buat permohonan kan?? Kitorang kat sini sampai orang SPNB dah bengkek…
Reply
Orang kita pemalas, tak proaktif, tak stabil, otak serabut, fikiran takuk lama, tak mau memajukan diri, nak keje senang jer, harap subsidi…. ha, marah..marah.. kalau ckp mcm ni pd org melayu kita dh tentu aku kene parap punya.. tapi sepatutnya kalau dh org ckp mcm tu, kenalah buat perubahan supaya org tak kata mcm tu lagi… ni tidak.. cuma pandai buat demonstrasi jer… hey tak paham aku la.. aku pun melayu gak (melayu-jawa).. heh malas lah nak ckp…
Reply
ramai ‘orang lain’ mengatakan kita ni untung, sebab bila nak meniaga pun … kerajaan tolong, tapi baru aje lulus loan, sudah angkat kereta besar, pernigaan belum tentu maju lagi.
apakejadahnya?
Reply
mm,yang saye nampak,mentaliti orang kita dalam bekerja/berniaga yang sgt perlu diupgrade..masih segan2,untung sikit dah cepat berpuas hati,dn macam2 lagi..isk2..(ntah2 kalau saye pun same jgk kot..?hihi)
camne ye nak tingkatkan jatidiri supaya org kita lebih maju dlm segala aspek?ini kene usaha kerajaan jg ke? :p)
Reply
pe2 pun melayu mudah lupa dan mudah bersyukur dgn apa yang mereka ada sedangkan bangsa lain berlumba2 kehadapan
out of topic–> terima kasih diatas komen anda.. dan terima kasih kerna singgah ke blog ini
Reply
wahhhh aku suka la ngan topik neh
nanti aku sambung posting ko dalam blog aku eh. hehe
Reply
zool
Reply:
January 29th, 2009 at 2:04 pm
boleh je sambung.. Blog ko lagi popular mesti ramai yang beri pendapat…
Reply
Tu sebabnya orang miskin lebih berjaya. Sebab diorang nie dah rs cmn sshnya dapat duit….dan diorang ini akan berusaha bersungguh spaya penat lelah mereka terasa berbaloi apanila berjaya
Reply
Slm bro zool,
Aku sangat setuju dengan apa yang ko cakap tu bro..kalau kerja zakat tahulah..siap menipu jadi miskin semata2 nak dapatkan bantuan,huhu..bagi aku orang melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam..kita memang ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain..tapi untuk maju kita tetap perlu berusaha..dan aku suka kalau kita kurangkan sikap dengki kat orang lain..:)
Reply
Gua setuju dengan pandangan lu… memang mentaliti orang kita camtue.. susah nak dibentuk…
Reply
Ya… kita masih miskin..> Sekarang ni pun kita semakin dengan akhlak muda-mudi… hummmmm
Reply
selagi aku berhutang. aku tak kaya..haha
Reply