Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum..
Sekali lagi kita bersua dalam blog ligakampung.. Satu-satunya blog dari nukilan Zool, seorang blogger dari Jasin, Melaka…
Pertama sekali saya telah menambah sedikit gambar dalam galeri gambar. Antara beberapa gambar yang telah diupdate adalah seperti gambar di bawah. Minta maaf kepada mereka-mereka yang terlibat dalam gambar ini… Tiada royalti untuk anda. Jika tidak sudi gambar di ‘publickan’ boleh beritau dan saya akan deletekan dari galeri..

Hari ini saya ingin bermotivasi sedikit tapi ini bukan bermakna saya ingin membuat blogger motivasi seperti shueqry, dikmal dan lain-lain. Cuma sekadar menguatkan dan mengukuhkan diri dalam menempuh hidup yang mendatang.
Sebenarnya ketewasan atau ketidakupayaan kita untuk mencapai impian bukanlah bermakna kita gagal. Sebaliknya ianya hanya petunjuk untuk kita lebih berjaya..
Kita selalu menyalahkan diri jika tidak mendapatkan sesuatu setelah mencubanya…. Secara jujurnya sebelum ini, saya mudah putus asa namun dengan membina blog ini saya mendapat semangat untuk maju ke hadapan. Malahan ada kalanya pernah terasa ingin memberhentikan penulisan blog-blogz saya. Namun walaupun saya masih tidak mampu mendapat impak RM melalui blog ini namun saya mendapat rakan-rakan cyber yang banyak membantu dari segi kehidupan..Terima kasih kepada ktom, huda, afzai dan lain-lain yang memberikan sokongan moral untuk saya meneruskan blog ini.. Malahan membaca ebook zuhairy sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada kita..

Sesungguhnya kita lahir ke dunia untuk berjaya dan bukannya untuk gagal.. Tekadkan dalam hati dan terus dengan usaha.. Pastinya kejayaan sedang menunggu kita…

10 Responses to “Kita Bukan Gagal”

  1. gagal dulu dan kemudian berjaya lebih baik dari berjaya dulu dan kemudian gagal… :)

    [Reply]

  2. saya suka memetik kata-kata ustaz Dato’ Ismail Kamus, “usah dilihat pada kegagalan itu. Tapi lihatlah bagaimana untuk bangkit selepas gagal.”

    faham? saya pun tak faham,hehehe :-)

    [Reply]

  3. Tumpang lalu ye….

    [Reply]

  4. hm.. kurang orang singgah topik nie..

    [Reply]

  5. slm zool, emm, kekadang kita kena jelas tujuan kita berblog ni,hehe..aku mmg niat nak tambah kengkawan..tu je..hihi

    [Reply]

  6. Biasalah Zool…ujung2 nak masuk Sabtu n Ahad memang kurang manusia melayari internet kat Malaysia. Yang main game online ramai ler…

    Aku pun termasuk dalam penyumbang semangat ngko berblog :) tocei,tocei

    [Reply]

  7. kau jadikan saja blogging ni sebagai hobi dan juga sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress. menulis pun boleh release tension :)

    buh lah gambar besar2 lain kali.

    [Reply]

  8. acai —> ye lah acai..
    afzai —> betul tu..
    azwan—> oklah cadangan ko tu.. gambar tu saja tak nak kasik besar supaya korang klik kat gambar tu.. kasik lama sikit duduk kat blog nie.. ha ha ha..

    [Reply]

  9. zool,
    Terima kasih juga kerana sokongan yang diberikan untuk Ktom.

    zool, kegagalan adalah satu titik dimana kita akan bangun semual dengan lebih kuat lagi bagi mencapai sesuatu kejayaan. Tingkatkan ilmu, mantapkan semangat, kukuhkan harapan, insyaallah kejayaan pasti milik kita.

    Sekali gagal bukan bererti kita gagal selamanya….apa yang perlu cari, usaha, laksanakan, doa…..dan tawakal.

    [Reply]

  10. setiap dr kita pasti melalui jatuh bangun dalam kehidupan … setiap kali bangun selepas jatuh kita mesti kuatkan semangat dan yg penting fikiran mesti terbuka menerima ketentuan ilahi … Allah swt tidak dgn sengaja menjatuhkan umatnya melainkan untuk mengujinya …

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>