Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kisona masih belum berpeluang beraksi

Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, S Kisona masih belum mendapat ruang untuk beraksi secara kompetitif semenjak menjuarai acara perseorangan wanita negara di Filipina.
Menurutnya beliau hanya akan mula beraksi di gelanggang pada bulan Februari depan di Kejohanan Berpasukan Asia untuk kelayakan Piala Uber 2020.

“Kembali beraksi di Manila semestinya memberikan kenangan yang terbaik bagi saya. Saya sudah menjalani latihan dan persiapan dan mengikut setiap arahan yang dikeluarkan jurulatih. Walaupun agak lama, saya sedia menanti peluang untuk ke kancah kompetitif,” katanya.

Skuad perseorangan wanita negara disifatkan sebagai tempang susulan kecederaan dialami pemain nombor satu negara, Soniia Cheah, serta pemulihan pembedahan yang sedang dilalui Goh Jin Wei.

Tetapi Kisona menawarkan perkembangan positif menjelang Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadualkan berlangsung dari 11 sehingga 16 Februari ini.

“Jin Wei dan Soniia masih lagi dalam proses pemulihan, namun saya berasakan mereka adalah pemain yang berkualiti dan bakal kembali ke tahap terbaik.”

Sumber :-Stadium Astro

Agak mengecewakan bila S Kisona masih belum mendapat ruang untuk beraksi di pertandingan kompetitif selepas SUkan SEA 2019. Ligakampung.com merasakan momentum pasti akan turun selepas tiada perlawanan besar untuk beliau.
DIharap pihak BAM segera untuk mencari perlawanan yang bersesuaian untuk beliau bagi memastikan bakat nya tidak terkubur begitu sahaja. Kalau kita lihat, dalam acara perseorangan hanya Goh Jin Wei dan Soniia Cheah yang berada atas ranking beliau.
Itupun kedua-dua pemain masih belum cergas. Sepatutnya telah mula diadakan program untuk S Kisona bagi mencapai sasaran pada tahun ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)