LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kisah 3 jurulatih kebangsaan

Minggu ini kisah jurulatih menjadi topik yang agak hangat bagi sukan tempatan. 3 jurulatih pasukan kebangsaan bagi sukan berbeza.
Jurulatih yang terlibat adalah :-
team-malaysia

Jurulatih hoki dihukum

Jurulatih hoki kebangsaan , Muhammad Dharma Raj menerima hukuman akibat kegagalan mencapai sasaran di kejohanan Piala Dunia 2014 di Hague, Belanda dan diaibkan di Sukan Komanwel di Glagsow, Scotland. Keputusan mendapat tempat tercorot (Piala Dunia ) dan kedua tercorot (Sukan Komanwel) menyebabkan ramai yang kecewa.
dharma raj
image upload no size limit

Dharma yang dihukum untuk direhatkan namun masa depannya bersama skuad kebangsaan mungkin tidak diteruskan kerana Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dijangka akan melantik jurulatih asing menggantikan beliau. Untuk Sukan Asia 2014, Dharma akan digantikan oleh pengendali skuad remaja kebangsaan, Arul Selvaraj.
Satu keputusan yang drastik dilakukan oleh MHC supaya pasukan hoki kebangsaan meningkat dan tidak merosot. Diharap hukuman ini akan memberi lebih keputusan positif terutama kepada para pemain yang akan beraksi di Sukan Asia nanti.

Jurulatih bolasepak kebangsaan , Dollah Salleh dikritik peminat
Keputusan perlawanan persahabatan pertama bagi skuad Harimau Malaya menentang Tajikistan tidak memberikan keputusan yang baik untuk jurulatih Dollah Salleh. Kekalahan 4-1 pada pasukan tuan rumah itu memberikan tekanan kepada beliau. Walaupun perlawanan pertama namun terdapat peminat yang mengkritik persembahan hambar skuad negara.
dollah salleh
images hosting

Tidak sepatutnya, Dollah dihukum dengan keputusan perlawanan persahabatan pertama ini. Seeloknya kita perlu menilai prestasi beliau selepas AFF 2014 ini. Semoga Dollah tidak mudah patah semangat atas keputusan ini.

Rashid Sidek tidak letak jawatan
Jurulatih skuad badminton negara, Rashid Sidek yang diberitakan mempunyai konflik dengan BAM memaklumkan bahawa tidak meletak jawatan. Ini berikutan isu hangat antara beliau dan Presiden BAM yang hangat diperkatakan setelah beliau menjadi mangsa kritikan Tengku Mahalel ekoran prestasi hambar dua anak didik Rashid, Liew Darren dan Chong Wei Feng ketika aksi perseorangan di Sukan Komanwel.
Rashid Sidek 0
image sharing sites

Beliau yang kecewa dengan konflik tersebut dijangka akan meninggalkan BAM selepas kontraknya tamat pada Disember ini.

Itu serba sedikit mengenai kisah 3 jurulatih kebangsaan. Agak merugikan jika mereka putus asa dengan keadaan sekarang memandangkan mereka mempunyai kaliber tersendiri samada sebagai pemain mahupun sebagai jurulatih. Semoga mereka tabah menghadapi masalah ini bagi memajukan sukan negara.

Please follow and like us:
error0

9 thoughts on “Kisah 3 jurulatih kebangsaan

  1. Rasanya expectation peminat dan persatuan sukan melebihi dari kemampuan yang kita ada. Maybe persatuan sukan dan peminat perlu selalu juga lihat persembahan pasukan lain yang sudah jauh meningkat berbanding dengan pasukan kita. Kecuali badminton, hoki dan bolasepak dan contact sport dan kekuatan fizikal adalah satu kelebihan yang amat besar. Oleh itu, dari bising dengan coach dan pemain, kita mahu persatuan sukan dan kementerian sukan/pendidikan beri tumpuan pada ‘scouting’ dan mencari pemain-pemain yang sesuai yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. My 5 cents.

  2. sukan negara kena jauh daripada politik dan rasuah, insyaAllah boleh pergi jauh. kita ramai bakat, jurulatih hebat dan prasarana yang hebat. memang boleh!

  3. wah.. wah.. wah.. apakah ini memberi isyarat bahawa jurulatih tempatan sudah ketandusan?
    hmmm?

    mana pakar2 sains sukan negara pergi utk mengisi kekosongan itu? sudah ada tidak kurang 2 buah IPTA yg menawarkan kursus sains sukan, apakah belum lagi berbisa?

    ahaks…

  4. rasa2 dlu prestasi Dharma ckup membanggakan.. mungkin pihak lawan dah boleh baca teknik yang diterapkan untuk pasukan hoki negara.. bagi Dollah Salleh pula. Aisyah rasa..dia memang tidak layak lg untuk jadi jurulatih negara..hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)