Kirandeep pemain hoki wanita termuda di Sukan Asia 2018

Kirandeep Kaur mencatat sejarah tersendiri dalam kariernya selaku pemain hoki wanita negara selepas terpilih mewakili pasukan negara untuk bertanding di Sukan Asia 2018, Jakarta Palembang.
Pada usia 15 tahun beliau dipilih oleh jurulatih , K Dharmaraj untuk dipanggil menyertai sesi latihan pada Mei lalu dan pelajar tingkatan tiga SMK Bukit Bandaraya, Bangsar itu terpilih mewakili negara di Siri Dunia, Singapura.


Kehebatan beliau terserlah selepas diturunkan dalam emapt perlawanan serta mencatatkan nama selaku penjaring ketika perlawanan akhir menentang Thailand pada kejohanan tersebut.

Prestasi meyakinkan yang dipamerkan itu membolehkan dia terus disenaraikan ke jelajah hoki di Brisbane baru-baru ini di mana Malaysia menang tiga dan seri dua kali.

Bagaimanapun, nama Kirandeep tidak ada dalam senarai yang dihantar ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetapi selepas rayuan yang dibuat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Majlis Olimpik Asia bersetuju memberi kad akreditasi kepada pemain remaja itu, semalam.

Justeru, Kirandeep mencipta sejarah sebagai pemain termuda yang pernah mewakili skuad hoki kebangsaan – tidak kira lelaki atau wanita.

MHC dijangka mengeluarkan senarai pemain dalam pasukan lelaki dan wanita ke Sukan Asia, hari ini.
Sumber :-HMetro

Tahniah kami ucapkan kepada Kirandeep. Nampaknya skuad hoki wanita juga mempunyai pelapis yang muda dan berbakat. Semoga akan ada lagi pemain-pemain muda yang diberikan peluang untuk beraksi di tahap tertinggi ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives