Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kim Swee Sedia Bantu Gomez

Semua sedia maklum bahawa jurulatih Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bakal diturunkan pangkat untuk kembali melatih barisan pasukan bawah 22 tahun negara. Pengendali baharu, Mario Gomez akan mengendali pasukan kebangsaan setelah pengumuman Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kim Swee yang pernah membimbing pasukan Harimau Muda menjuarai Sukan SEA 2011 dan Pestabola Merdeka 2013 bersedia untuk berkongsi maklumat mengenai pasukan kebangsaan dengan pengendali baharu yang juga bekas jurulatih pasukan JDT bagi sesi 2016.

Kim Swee juga mempunyai tugas berat apabila perlu memastikan anak buah beraksi baik dalam kejohanan bawah 23 tahun AFC di Bangkok pada Julai 2017 serta memastikan pingat emas untuk Sukan SEA Kuala Lumpur pada bulan Ogos nanti.

Semoga dengan pelantikan Gomez dan kembalinya Ong Kim Swee pada barisan pemain muda akan memberi impak yang positif kepada barisan skuad negara.

OO ye, adakah pemain-pemain JDT yang mengumumkan persaraan akan kembali menyarung jersi selepas ini?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)