LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kian Meng-Pei Jing Rangkul Kejuaraan Pertama Di Terbuka Vietnam

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing akhirnya berjaya merangkul kejuaraan badminton antarabangsa pertama mereka.
Pasangan yang baru digandingkan pada tahun lepas itu berjaya meraih gelaran di Kejohanan Grand Prix Terbuka Vietnam selepas menundukkan lawan mereka dari Indonesia Alfian Eko Prasetya/Annisa Saufika dengan keputusan 21-16, 21-11 dalam masa 35 minit.

kian-meng-pei-jing

Kejayaan ini amat dinantikan oleh Kian Meng, 21 dan Pei Jing 23 yang sebelum ini tewas di perlawanan akhir pada Malaysia Masters pada Januari, kejohanan Antarabangsa Poland pada Mac dan Terbuka Taiwan pada awal bulan ini.
Kejayaan ini bagaimanapun tidak dapat diteruskan oleh pemain perseorangan lelaki negara , Chong Wei Feng yang tumpas kepada pemain Hong Kong, Vincent Wong 12-21, 21-14 dan 13-21. Satu lagi wakil negara, Tan Boon Heong/Koo Kien Keat juga tumpas kepada lawan iaitu pasangan dari Taiwan Lee Jhe/Huei Lee Yang dengan keputusan 21-18, 14-21, 7-21.

Kejayaan pasangan beregu campuran ini amat baik bagi menjadi pelapis bagi menggantikan pasangan beregu Goh Liu Ying/Chan Peng Song dalam 4-5 tahun lagi. Manakala, kejayaan Chong Wei Feng dan pasangan Tan Boon Heong/Koo Kien Keat mara ke perlawanan akhir juga menyaksikan yang mereka masih mempunyai kemampuan untuk bertanding di peringkat antarabangsa.
Cuma nampak kelemahan ketara stamina pasangan beregu negara terutama di set ketiga(admin sempat menyaksikan aksi pasangan ini di kaca tv). Memang terlalu jauh berbanding ketika di zaman kemuncak prestasi mereka. Malahan nampak sangat mereka sudah tidak larat pada mata-mata akhir. Samada mereka perlu mengubah prestasi dengan meningkatkan fizikal atau sudah boleh beransur-ansur menggantung reket bagi kejohanan berprestij tinggi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)