Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

KHM terlalu banyak melabur untuk skuad wanita ?

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) membuat pusingan ‘U’ apabila enggan tergesa-gesa mencari ketua jurulatih baru skuad wanita negara.

Sebaliknya, badan induk berkenaan bersedia untuk memanjangkan tempoh pencarian itu dengan satu perbincangan bersama jawatankuasa kejurulatihan dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan dalam dua minggu ini.

Terdahulu, KHM memberi jaminan untuk mencari pengganti kepada bekas jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, selewat-lewatnya pada penhujung bulan ini.

Namun, disebabkan beberapa faktor, badan induk itu mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata: “Kami berbelanja terlalu banyak untuk skuad wanita dan saya baru perasan dalam tempoh lima tahun ini, kami sudah membelanjakan lebih kurang RM6 juta untuk skuad wanita.

“Ia pelaburan yang besar dan ramai pihak tidak tahu mengenainya.

“Kami mengeluarkan wang yang banyak tetapi tidak mendapat keputusan yang kami mahukan.

“Nak melepasi pusingan kedua pun susah.

“Saya fikir kami telah melakukan perkara yang tidak betul dan perlu mengkaji semula secara keseluruhan dan mendapatkan satu ketetapan yang lebih baik,” katanya.

Sumber :-Stadium Astro

Panas ni. Patutlah Dhaarma Raj berhenti. Mungkin ada isu disebaliknya ni..

Pendapat kami pula, memang masih susah skuad wanita nak lepas ke peringkat tertinggi tapi kita dah nampak beberapa hasilnya. Ada beberapa pemain wanita negara mula mendapat perhatian dari kelab-kelab luar negara. Jika perbelanjaan skuad wanita tinggi, mungkin Presiden perlu bandingkan juga dengan skuad hoki lelaki. Perlu diingatkan bahawa skuad hoki lelaki juga tidak mencapai sasaran untuk ke Olimpik.

Jangan dianaktirikan skuad hoki wanita ye. Ada sebahagian dari mereka telah bermain secara professional dan berkorban untuk negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)