Khe Wei bersara dari arena badminton

Pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini.
Pemain kelahiran Selangor yang sebelum ini bergandingan dengan Vivian Hoo pernah memenangi pingat emas sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scoland serta Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Khe Wei yang berusia 29 tahun itu bakal meninggalkan sukan badminton yang diceburinya selepas 15 tahun bagi memulakan kerjaya baharu.
Ini berikutan masalah kecederaan lutut yang terus menghantui penampilan beliau dalam sukan badminton hingga memaksa jurulatih memecahkan gandingannya dengan Vivian hoo.
Vivian yang kini berpasangan bersama Yap Cheng Wen telah mula memberikan kejuaraan Terbuka Macau pada bulan lalu.

Sebagai pemain senior dalam skuad beregu wanita, Khe Wei percaya Vivian-Cheng Wen memiliki potensi untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020 bersama satu lagi pasangan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di India, minggu lalu.

Sementara itu, Vivian menerusi keterangan gambarnya yang dimuat naik di laman Instragram miliknya mengucapkan selamat maju jaya buat Khe Wei selain menegaskan yang dia masih membawa semangat perjuangan rakannya itu biarpun kini tidak lagi bergandingan.

“Terima kasih untuk semua memori yang kita lalui bersama selama 10 tahun. Bagus untuk kamu melakukan apa yang kamu mahukan tetapi saya masih membawa semangat perjuangan kamu untuk terus melakar kejayaan,” kata Vivian yang memuat naik gambarnya bersama Khe Wei ketika meraih kejayaan dalam kejohanan yang disertai.

Ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak menyifatkan Khe Wei sebagai salah seorang pemain terbaik pernah dilatihnya dan mempunyai semangat juang luar biasa.

“Secara peribadi, kamu salah seorang pemain terbaik saya pernah latih sebelum ini. Terima kasih kerana sentiasa percaya kepada saya sebagai jurulatih kamu dan motivasi kamu untuk kembali bangkit selepas mengalami kecederaan dan memenangi kejohanan adalah luar biasa.

“Semua pemain muda perlu belajar semangat ini daripada kamu,” kata Rosman menerusi keterangan gambar yang dimuatnaik di Intagram miliknya.

Sumber :-Hmetro

Ligakampung.com mengucapkan terima kasih kepada Khe Wei yang banyak berjasa dalam arena badminton negara. Mungkin beliau tidak mampu beraksi lagi tapi pengalaman beliau mungkin boleh dicurahkan kepada pemain-pemain muda negara untuk meningkatkan lagi sukan badminton di Malaysia.

Memang sukar bagi seorang atlet untuk mengambil keputusan bersara akibat kecederaan. Ia pasti bukan mudah tapi beliau lebih tahu tentang keadaan fizikalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives