Khalid Jamlus jual Kasut Emas RM99,999

TEKA-teki mengenai siapa pemilik baharu trofi Kasut Emas bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus akhirnya terjawab apabila ia sah menjadi milik seorang individu dari Selangor.

Difahamkan, individu terbabit yang hanya dikenali dengan nama Tuah Nice dan kini berada di luar negara bersetuju untuk membeli trofi Kasut Emas tersebut pada harga RM99,999.

Menurut Khalid yang memenangi trofi Kasut Emas itu ketika muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Satu pada 2002, dia mencapai kata sepakat dengan individu terbabit selepas mereka berbincang di laman media sosial baru-baru ini.

“Hari ini adalah penamatnya… dah ada orang membeli trofi Kasut Emas itu dengan harga RM99,999 dan beliau bersetuju dengan harga yang saya tetapkan.

“Namun, saya tidak boleh mendedahkan identiti mengenai pembeli berkenaan. Lagi pun beliau masih berada di luar negara dan hanya mahu dikenali sebagai Tuah Nice.

“Saya difahamkan dia juga belum boleh balik ke negara ini tetapi memaklumkan akan mengambil trofi Kasut Emas ini sejurus pulang ke Malaysia nanti,” katanya pada sidang media di Country Heights, Kajang semalam.

Dalam pada itu, Khalid yang menjaringkan 17 gol ketika menyambar trofi Kasut Emas itu berkata, dia pernah ditipu oleh seseorang ketika membuat bidaan sebelum ini.

“Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan Tuah Nice tetapi saya percaya kepada dia. Tuah Nice memberikan jaminan terhadap bidaan itu dan akan mengambil Kasut Emas saya itu bila pulang ke negara ini nanti,” jelasnya.

http://www.astroawani.com/berita-sukan/khalid-jamlus-jual-kasut-emas-rm99-999-252762

Please follow and like us:
error0

One thought on “Khalid Jamlus jual Kasut Emas RM99,999

  1. semoga pemain2 bola skrg beringatlah sbb x selamanya boleh bermain bola. jadi ceburilah bidang pekerjaan atau perniagaan yg sesuai setelah pencen bermain bolasepak nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.