LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khairy Sedia Jumpa FAM

Beberapa hari yang lalu, Menteri Belia dan Sukan seakan merajuk untuk memberi komen terhadap FAM tetapi ia bukan petanda sebenarnya. Mungkin beliau sedikit kecewa dengan maklumbalas yang diterima atas komen sebelum itu namun beliau masih sudi untuk bersemuka dengan FAM bagi membincangkan secara lebih serius mengenai masa depan bolasepak negara.

Naib Presidan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini bercadang untuk mengadakan pertemuan antara FAM dengan beliau namun Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan ingin perbincangan itu membabitkan mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi kedua-dua pihak. Khairy sebelum ini dikritik oleh pemimpin FAM dan enggan mengulas isu terbaharu berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bolasepak negeri.

SUMBER- BERNAMA

Rasanya elok YB Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan menerima cadangan untuk bersemuka bagi meningkatkan lagi sukan bolasepak negara yang agak merudum di waktu ini. Walaupun sambutan penonton semakin mengalakkan tetapi prestasi skuad kebangsaan terumbang-ambing. Diharap perbincangan kali ini membuahkan hasil dan tidak hanya sekadar seperti melepas batuk di tangga sahaja. Selain itu, cadangan bernas dari peminat melalui media sosial juga boleh dikongsi oleh YB KJ selaku orang yang aktif dalam laman sosial ni. Pasti banyak input boleh dikongsi bersama.

Sekadar selingan :- Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan kontroversi di twitter mengenai pasukan Harimau Muda yang dihantar berlatih di Slovakia dan kes Harimau Malaya berlatih di Australia . Ini status
tan-sri-annuar-musa
Benarkah terdapat pegawai FAM yang melancong bersama keluarga menggunakan dana latihan ini?
tan-sri-annuar-musa2
Dan persoalan tentang perlawanan persahabatan di Australia juga perlu dijawab walaupun bukan menggunakan dana kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Pengurus Pasukan Kebangsaan

Diharap ini juga perlu dibawa dalam perbincangan YB Khairy… Untuk siasatan..

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Khairy Sedia Jumpa FAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)