LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khairy Jamaluddin tidak mahu komen FAM

Selepas ditegur oleh pihak berkaitan dengan FAM, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar seperti sudah kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ini berlaku apbila wartawan mengajukan soalan berhubung kemelut yang melanda FAM membabitkan wang tajaan hak penyiaran Liga Malaysia kepada persatuan bolasepak yang bertanding dimana beliau tidak lagi berminat menegur FAM.

“Terpulang kepada FAM… ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap nanti kena marah.

“Biar ahli (majlis FAM) bercakap… kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini, dengarlah cakap orang lain,

Tutur kecewa Menteri Belia dan Sukan yang baru dipilih ini. Kemelut penajaan ini timbul selepas beberapa pihak seperti Tengku Muda Johor dan Tan Sri Annuar Musa yang mempersoalkan mengenai wang tajaan yang diterima oleh badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga M.
Sumber : KOSMO

Nampak kekecewaan beliau apabila teguran yang diluahkan sebelum ini mendapat reaksi negatif oleh FAM. Walaubagaimanapun saya amat berharap agar KJ tidak berputus asa dengan cabaran ini untuk memajukan bolasepak negara. Beliau perlu berani memberikan teguran atas kapasiti sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

8 thoughts on “Khairy Jamaluddin tidak mahu komen FAM

  1. FAM patut dah dirombak lama..setakat suka tgk bola xsemestinya layak jadi pemimpin.bagi org yang xde job jadi pemimpin.ni job banyak, jadi menteri, ahli itu,ahli ini, mana nak fikir pasal bola?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)