Khairy bakal bertemu Presiden PSM

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sedia berjumpa dengan Presiden Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, bagi mendengar penjelasan mereka mengenai kedudukan dan hala tuju sebenar badan induk itu.

Ahmad, dalam mesyuarat PSM bulan lalu, meluahkan keinginan untuk bertemu Khairy bagi mengemukakan perkara sebenar berkaitAN dengan pembangunan dan setiap program yang dilaksanakan mereka.

Ia selepas sepak takraw digugurkan daripada sukan teras dan Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 kerana didakwa tidak mempunyai program pembangunan yang mapan serta pelbagai kemelut di peringkat dalaman.

Khairy melahirkan kesediaannya untuk duduk semeja dengan badan induk itu dan berharap dapat memuktamadkan tarikh pertemuan selewat-lewatnya minggu depan.

“Tak apalah, biar saya jumpa dia dulu. Biar saya jumpa PSM. Selepas itu, kita tengok apa keputusan yang dibuat nanti.

“Biar saya dengar dan biarkan juga saya jelaskan kepada pihak PSM apakah sebab sepak takraw digugurkan daripada sukan teras,” katanya.

Beliau juga sedang meneliti tuduhan yang dilemparkan Ahmad terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang didakwa mempunyai konspirasi untuk menjatuhkannya daripada kerusi presiden sebelum membuat apa apa keputusan.

“Saya tidak pasti apa yang dia tuduh. Dia kata ada komplot dan bukti, saya pun tidak tahu apa-apa. Jadi, susah saya nak komen,” kata Khairy lagi.

Sumber :-Stadium ASTRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives