LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khairul padam rekod 200 meter kebangsaan

Baru-baru ini media (termasuk Ligakampung.com) bercerita mengenai bilakah Rekod pecut 200 meter kebangsaan akan dipecahkan, dan hari ini ianya terjawab.
Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan akhirnya berjaya memecahkan rekod berusia 49 tahun itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa (18 Julai 2017).

Khairul Hafiz di papan masa Sumber Gambar : Harian Metro

Dalam acara akhir 200 meter yang berlangsung kira-kira jam 9.00 malam itu menyaksikan ‘The Speedy Jantan’ mencatat masa 20.90 saat iaitu pantas 0.02 saat dari catatan Tan Sri Dr. M. Jegathesan yang dilakukan pada SUkan Olimpik 1968 di Mexico itu.
Catatan itu juga menyaksikan Khairul Hafiz Jantan menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia itu. Pencabar beliau dari Sarawak, Jonathan Nyepa menduduki tempat kedua dengan catatan 21.29 saat manakala pelari dari Perak G.Aravin di tempat ketiga dengan catatan 21.31 saat.

Catatan Masa yang dicatatkan oleh Khairul Hafiz dan pelari pada acara akhir 200 meter

Ini merupakan petanda baik untuk pasukan negara bagi menghadapi Sukan SEA 2017. Walaupun catatan tersebut masih jauh dari rekod Sukan SEA (20.69 saat) yang dicatatkan oleh Reanchai Seeharwong dari Thailand pada 1999 namun tidak mustahil untuk Khairul menjadi juara dalam acara tersebut.

Tahniah kepada Khairul Hafiz dan barisan pelari pecut yang lain. Semoga mereka perlu memperbaiki diri lagi. Cuma agak terkilan apabila acara pecut 100 meter tidak berjaya dimenangi oleh pelari tempatan selepas Khairul Hafiz dan Jonathan Nyepa mengambil keputusan menumpukan acara 200 meter manakala Badrol Hisyam yang diharapkan hanya sekadar tempat ketiga.

Video Detik Khairul Hafiz mencatat rekod baru kebangsaan acara 200 meter

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Khairul padam rekod 200 meter kebangsaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)