Satu berita yang mengejutkan apabila Pelumba Moto3 Negara iaitu Khairul Idham Pawi akan menutup buku kerjayanya sebagai pelumba motosikal.
Anak kelahiran Perak yang pernah menjuarai GP Argentina dan Jerman dalam kategori Moto3 pada tahun 2016 itu akan meninggalkan sukan permotoran ini di usia 22 tahun.

Pasti satu keputusan yang agak mengejutkan apatah lagi dengan usia mudanya dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau dan keluarganya.
[ Khairul Idham Pawi Bakal Potong Jari ]
Bekas Pelumba Petronas Sprinta Racing Team itu yang berdepan kecederaan berulang di bahagian jari membuat keputusan itu selepas tamat GP Portugal pada akhir November lalu.
Menurutnya lagi beliau ingin memberi fokus kepada bidang penternakan lembu berikutan keputusan yang tidak memuaskan pada musim ini.
Khairul menyertai Petronas Sprinta Racing Team pada 2019 dalam kategori Moto2, tetapi selepas bergelut dengan masalah kecederaan, dia beralih pada kelas Moto3 setahun kemudian.