LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khairul Idham Pawi bakal ke Moto2

SEPANG: Pelumba sensasi negara, Khairul Idham Pawi menyifatkan keputusannya untuk ‘naik pangkat’ beraksi dalam kelas Moto2 pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan sebagai tindakan yang tepat dan bukan terburu-buru. Selepas hanya setahun beraksi di Moto3 tahun ini, Khairul atau lebih dikenali SuperKIP sah akan beraksi pada kelas lebih tinggi bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia berganding bersama pelumba ternama Jepun, Takaaki Nakagami.

Mengakui ia cabaran yang sukar, Khairul yang mencipta sensasi menjuarai dua perlumbaan Moto3 musim ini di Argentina dan Jerman pada penampilan sulung di MotoGP tampil yakin tindakannya tepat sekalipun mengakui sedikit terkejut dengan keputusan itu.

“Saya juga tidak sangka kerana memang jangka masanya agak singkat (di Moto3) namun untuk beraksi di Moto2 adalah impian saya, malah bukan saya seorang namun semua pelumba. “Jadi lebih baik saya pergi ke Moto2 lebih awal kerana ia memang sasaran saya. Selain itu, ia memang perancangan pasukan. “Jadi saya akan cuba yang terbaik cuba beri keputusan yang baik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis Apresiasi Boon Siew Honda bersama Media di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sasarannya di Moto2 musim depan, Khairul yang baru berusia 18 tahun berkata dia lebih menumpukan terhadap proses pembelajaran. “Ini adalah tahun pertama saya di Moto2, jadi saya perlu sesuaikan dulu dengan jentera terlebih dulu kerana Moto3 berbeza dengan Moto2. “Apapun kalau boleh berada di kedudukan 15 terbaik dan dapatkan mata, ia boleh dianggap baik. Tetapi beri saya masa untuk sesuaikan diri dengan jentera terlebih dulu,” katanya.
-BHarian

Ligakampung.com merasakan ianya terlalu cepat untuk Khairul Idham beraksi dalam kelas yang lebih atas. Apapun ianya merupakan keputusan beliau. Semoga dalam Moto2 beliau mampu bersaing dan bukan sekadar hanya pelengkap jadual sahaja.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)