Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mungkin akan kehilangan sebahagian jari kelingkingnya selepas mengalami kemalangan ketika sesi latihan bebas dalam GP Republik Czech pada 8 Ogos lalu.
Pembedahan itu dijalankan di sebuah pusat perubatan di Barcelona, Sepanyol. Pada tahun lalu ketika GP Sepanyol, Idham yang juga dikenali sebagai ‘Superkip’ pernah mengalami kemalangan di jari sama sehingga menyebabkan prestasinya merosot.
Idham akan menjalani pemeriksaan pada Isnin untuk mengetahui samada beliau mampu beraksi atau sebaliknya dalam GP Misano yang akan berlangsung pada 11 September depan.
-Stadium ASTRO
Kami di Ligakampung.com mendoakan kesejahteraan Khairul Idham Pawi dan semoga mampu untuk meneruskan aksinya dalam perlumbaan Moto3.