LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khairul Hafiz perlu terbuka terima jurulatih baharu

JASIN: Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan perlu bersikap lebih terbuka dan bersedia menerima jurulatih baharu bagi mengembangkan bakat serta pencapaiannya ke peringkat lebih tinggi.

Bekas pelari pecut negara, Datuk Rabuan Pit berkata pelari berusia 20 tahun itu tidak seharusnya hanya mahu bergantung dengan khidmat jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim, walaupun individu terbabit yang bertanggungjawab mencungkil bakatnya.

“Pada pandangan saya, sudah sampai masanya bagi Khairul Hafiz berubah dan berpandangan jauh …tidak terlalu bergantung pada Mohd Poad demi kebaikan kedua-duanya kerana mereka mempunyai masa hadapan yang cerah dalam sukan.

“Saya faham Khairul Hafiz sukar melepaskan Mohd Poad sebagai jurulatihnya kerana beliau individu penting atau tulang belakang yang naikkan nama raja Pecut Asia itu.“Beliau mungkin rasa terhutang budi dengan jasa dicurahkan jurulatihnya itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan dan Penerimaan Obor Asia Pacific Masters Games 2018 di sini, Ahad.

Media pada Sabtu melaporkan mengenai ketidaksediaan Khairul Hafiz untuk berpisah dengan Mohd Poad dan akan mengikut jurulatih itu berhijrah selepas khabar angin mengatakan Mohd Poad mendapat tawaran menjadi jurulatih di salah sebuah negara Asia Tenggara.

Rabuan berkata setiap jurulatih mempunyai pendekatan, kemahiran dan kekuatan tersendiri untuk melatih anak didik mereka dan ilmu yang diperolehi itu amat berharga untuk mana-mana atlet mempertingkatkan pencapaian serta kedudukan mereka.

“Saya sendiri ketika bergelar atlet mempunyai lebih enam jurulatih tempatan dan luar negara dan pelbagai ilmu dan kemahiran bermanfaat dapat saya perolehi dan sehingga kini masih saya ingat,” kata pemenang pingat emas acara 100m pada Sukan Asia 1982 di New Delhi.

Beliau berkata lebih utama lagi sekiranya proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan itu bagi mengaplikasikan teknik, kemahiran dan teknologi berdasarkan ilmu sains sukan yang kini merupakan antara tuntutan penting dalam memajukan industri sukan tanah air khususnya sukan olahraga.

-BeRNAMA

Ligakampung bersetuju dengan kenyataan Pak Rabuan Pit. Selaku atlet professional, Khairul perlu bersedia untuk berpisah dengan jurulatih lama untuk kemajuan kariernya. Secara peribadi, Ligakampung pun merasakan perkembangan beliau tidak berlaku peningkatan mendadak selepas Sukan SEA. Nampak catatan masa yang dilakukan kebelakangan ini tidak memberangsangkan.
Mungkin juga beliau patut berlatih dengan jurulatih yang mungkin lebih berpengalaman. Selain dari mendapat teknik baru, beliau juga perlu berdikari dalam memajukan diri.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)