Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khairul Hafiz Jantan ingin kembali kepada Poad

KHAIRUL Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi perlu diberikan peluang untuk kembali bersama bekas jurulatih Mohd Poad Md Kassim dalam usaha mengembalikan semula prestasi terbaik kedua-dua pelari pecut negara tersebut.

Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berkata, pada masa ini prestasi kedua-dua atlet pecut tersebut berada pada satu tahap yang memerlukan sokongan semua pihak.

ADVERTISEMENT

Menurut Nazmizan, dengan prestasi kebanyakan atlet negara tidak terkecuali Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal yang terjejas berikutan pandemik Covid-19, ruang perlu diberikan kepada kedua-duanya

Pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz dan Raja Pecut Asia Tenggara, Muhammad Haiqal sebelum ini menyatakan hasrat untuk kembali bersama Mohd Poad.

Nazmizan yang juga Timbalan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyarankan supaya atlet negeri yang terpilih untuk menjalani latihan dalam program kebangsaan dikekalkan berlatih bersama jurulatih asal di negeri masing-masing.

Jelas Nazmizan, ini secara tidak langsung sebagai pendekatan terbaik dalam mengekalkan prestasi atlet tersebut untuk tempoh jangka panjang selepas terbentuknya aspek keserasian dalam kalangan atlet dan jurulatih.

Sumber :- Sinar Harian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)