LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khairul Fahmi dan Fadhli Sas terpilih untuk pilihan kesebelasan utama terbaik Asia bawah 23 tahun oleh Goal.com untuk tahun 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak panjang tajuk di atas sebab tak tau macammana nak pendekkan tajuk tersebut. Terbaca satu artikel di sebuah laman web bolasepak yang popular iaitu Goal.com dimana mereka melakukan pemilihan bagi pemain bawah 23 tahun yang dirasakan terbaik bagi posisi masing-masing pada tahun 2011. Memang agak teruja bila mendapati 2 pemain Malaysia menjadi pilihan penulis terbabit iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan, Fadhli Sas.Kalau Khairul Fahmi mungkin ramai yang kenal tapi mungkin Fadhli Sas ni hanya dikenali oleh penyokong yang betul-betul menyokong pasukan Malaysia. Yang lebih menarik bila kedua pemain terbabit dipilih sebagai pilihan kesebelasan utama. Ini menunjukkan bahawa mereka setanding dengan pemain Asia lain yang lebih popular.

Tengoklah gambar screenshot yang diambil dari laman web goal.com..

Screenshot KhairuL Fahmi

Image Hosting
Dalam lama web tersebut dinyatakan bahawa Khairul Fahmi Che mat merupakan ikon bolasepak di Malaysia dimana beliau memberikan persembahan hebat untuk kelab dan negara. Penjaga gol berumur 22 tahun ( tahun 2012 dah jadi 23 kan??) cukup menyerlah dalam Liga Super untuk Kelantan dan konsisten ketika kemenangan pasukan Malaysia dalam Sukan SEA. Belai juga diundi dalam Goal.com’s sebagai Pemain Terbaik Tahunan Malaysia dan dijangka akan lebih maju sebagai penjaga gol terbaik di Asia Tenggara.
– Mungkin ada ‘translate’ yang terbabas sikit. Tapi lebih kurang la kot.. Kalau salah sila betulkan.

Image Hosting
Bagi Fadhli Sas pula mereka mengatakan bahawa Fadhli Shas merupakan pemain penting dalam pasukan bolasepak Malaysia Bawah 23 tahun (dan juga skuad senior sebenarnya) yang mendapat tumpuan pada 2011. Merupakan salah seorang watak penting membantu pasukan Harimau Muda ke kelayakan Olimpik dan membantu pasukan Malaysia mengekalkan emas Sukan Sea. Permainan beliau mendapat tumpuan kelab Slovakia ViOn Moravce yang mengambil pemain ini secara pinjaman pada bulan September tahun lepas (harap-harap kelab tersebut mengikuti kembali persembahan beliau). Masih berumur 20 tahun dan mempunyai potensi baik untuk pasukan Malaysia di bahagian pertahanan tengah (woo. baru 20 masih boleh main Sukan SEA akan datang ni..)
– Macam tadi juga, kalau ada ‘translate’ tak betul silalah betulkan ye..

Untuk lebih kepastian, teruskan ke link laman web Goal.com

Tahniah kepada mereka. Semoga mereka akan maju ke hadapan..

Sekian..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)