LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Khabar angin Gary Robbat ke FC Cologne adalah palsu

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin ada yang pernah terbaca khabar angin bahawa pemain tengah skuad Harimau Muda, Gary Steven Robbat mendapat tawaran ujian untuk kelab Jerman, FC Cologne sebelum ini. Khabar angin ini tersebar meluas terutama di page peminat bolasepak dimana Gary akan menjalani ujian selama 3 minggu disana. Malahan yang terbaru, kapten Harimau Muda, Irfan Fazail juga dikaitkan mendapat tawaran ujian dengan pasukan Hamburg.
gary steven robbat
upload photo

Saya juga terdengar berita tersebut tapi tidak memaparkan dalam blog ini kerana tiada sebarang pengesahan dari sumber yang boleh dipercayai. Nampaknya, berita tersebut hanyalah sekadar khabar-khabar angin di internet dan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menafikan mendapat sebarang tawaran ujian dari pasukan kelab bolasepak Jerman itu.
Malahan, Gary Robbart juga menafikan menerima tawaran atau surat rasmi dari mana-mana pihak. Jadi, khabar angin itu sekadar cakap-cakap kosong sahaja rupanya.
Sumber :- ESPNSTAR

Walaupun sekadar khabar angin palsu namun tidak mustahil ia akan berlaku pada masa hadapan. Diharap Gary dan Irfan mampu mengetuk pintu kelab bolasepak di Eropah sedikit masa lagi.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Khabar angin Gary Robbat ke FC Cologne adalah palsu

  1. Pingback: Khabar angin Gary Robbat ke FC Cologne adalah palsu | Blog Zool Ligakampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)