Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Selamat berbahagia sekalian..
Hari ini saya ingin bersama-sama membicarakan tentang perkara yang sering kali menyebabkan kita gagal dalam mencapai tujuan dan matlamat..
Keutamaan dan fokus merupakan perkara pokok untuk menjadi individu berjaya.. Sebenarnya saya dah lama ingin menulis mengenai topik ini setelah ditegur oleh syia dan azwan tapi masa dan idea membataskan menyebabkan ianya sedikit terbengkalai.. Walaubagaimanapun segala teguran itu menjadi panduan dan akan membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih fokus bagi memastikan matlamat untuk berjaya tidak hanya sekadar angan-angan kosong..
Fokus pada sesuatu memang adalah kunci dalam mengejar kejayaan.. Terlalu banyak matlamat menyebabka pengejaran ke arah kejayaan akan terbantut.. Ini serupa dengan pepatah Melayu ‘ yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran’. Inilah akibat dari sikap tamak yang mengakibatkan seseorang tidak mendapat apa yang dihajati..
Bagi memastikan sesuatu matlamat dicapai selain fokus, keutamaan kepada sesuatu tujuan perlu disenaraikan.. Pilih perkara yang patut dilaksanakan dulu .. Jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu kerja.. Perlahan-perlahan dan insyaallah berkat kesabaran akan ada habuannya..
Rasanya cukup setakat ini.. Mungkin idea ini agak membosankan .. Tapi harap-harap anda semua jangan bosan pula meneruskan pembacaan blog ini..
Tags: motivasi









July 16th, 2008 at 1:09 am
fokus dan byk2 berdoa
[Reply]
July 16th, 2008 at 2:52 am
fokus, keutamaan plus istiqamah… kemudian baru tawakal. pasti kejayan menunggu.
lagi satu kalau boleh tuliskan atas kertas apa yang kau mahu buat. takde la otak kau sesak sgt untuk piki kerja yg nak buat. otak kau boleh pikir jln penyelesaiannya
[Reply]
July 17th, 2008 at 1:52 pm
syia –> AMIN….
syam –>? betullah tu bro.. aku selalu lupa… kadang2 utang budak2 prepaid pun lupa tulis..
[Reply]
July 21st, 2008 at 4:26 pm
kadang2 tu time dapat idea yg baik time tulah pen dan kertas tak de. tu yg idea hilang cam tu jer
[Reply]
July 22nd, 2008 at 6:50 am
ehm..yang penting, jangan putus asa.
[Reply]
November 6th, 2008 at 12:38 pm
itulah yang di katakan ‘Think with Ink’ sesuatu yang muncul di fikiran terjemahkanlah ke atas kertas, kerana ia akan menjadi reference kepada sesuatu perkara yang kita hendak capai, selain daripada commitment dan compliance bagi kita menemukan kejayaan kerana ia akan menjadi ‘CSF’ iaitu critical success factor….sesuatu yang tidak di duga tetapi akhirnya kita mencapai matlamat tersebut…renung-renungkanlah dan selamat beramal…
[Reply]