Ketua jurulatih futsal diundi bersama tujuh jurulatih ternama dunia

KETUA jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong mengakui beliau be­rasa berbangga menjadi sejarah sebagai pengendali tempatan pertama diundi bersama tu­juh negara yang memiliki latar belakang futsal cukup kuat berbanding Malaysia.

Bagaimanapun Chun Yong menegaskan, beliau lebih berminat untuk memperkasakan pemba­ngunan futsal negara berbanding mengejar anugerah peribadi.
Kelmarin, Anugerah Umbro Futsal 2017 telah mengumumkan pemenang bagi kategori Jurulatih Kebangsaan Terbaik Dunia menjadi milik pengendali Sepanyol, Jose Venancio Lopez Hierro dengan undian sebanyak 745 mata, diikuti Diego Raul Giustozzi (Argentina) de­ngan 467 mata dan Syed Mohammad Nazemalshareih (Iran) yang memperoleh 446 mata berada di tempat ketiga.

Sementara itu, Chun Yong menduduki tangga kelapan terbaik dunia dengan undian sebanyak 115 mata.

Mengulas lanjut, bekas pemain futsal kebangsaan itu mengakui pencalonan itu juga memberikan penghormatan cukup bermakna dalam kariernya.

“Berhubung pencalonan itu, secara positif kita dapat lihat sekurang-kurangnya ada jurulatih dari Malaysia diiktiraf oleh pakar-pakar dari seluruh dunia.

“Ini adalah perkara positif untuk futsal Malaysia yang semakin mendapat perhatian daripada beberapa pihak apabila skuad negara berjaya merakamkan keputusan baik ketika bermain pada kejohanan atau perlawanan persahabatan berstatus A.

“Ia juga menjadi suatu penghormatan besar untuk menjadi jurulatih pertama dalam sejarah futsal Malaysia untuk dicalonkan dengan tujuh daripada 10 negara yang memiliki latar belakang futsal cukup kuat.

“Namun, saya lebih berminat untuk meneruskan perkembangan pembangunan futsal kita, bukannya anugerah peribadi.

“Saya turut berharap kita akan memiliki dua liga cukup kuat kerana ia akan membawa banyak manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk melangkah lebih jauh,” katanya .

Sumber :-Kosmo
Satu penghargaan yang hebat untuk pasukan futsal Malaysia. Korang kenal siapa Chun Yong? Baca sini info mengenai Chun Yong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives