Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pagi tadi telah selesai menghadiri mesyuarat mengenai Sistem Pendaftaran Terbuka di Jabatan Perumahan Negara (JPN), Pusat Bandar Damansara. Berjaya juga mengemukakan beberapa pendapat untuk diambil tindakan oleh pihak JPN. Harap-harap ada tindakan susulan selepas ini.. Syok pula bagi maklumat.. Dah le duduk 2 kerusi je dari pengerusi mesyuarat .. Pengerusi pun sempoi boleh terima pendapat si Zool.. Kira oklah tu..
Cukup dengan mukadimah. Saya yakin anda pasti pernah menghadiri mesyuarat untuk membincangkan sesuatu perkara..Untuk kali ini saya berkongsi beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika menghadiri mesyuarat berdasarkan pengalaman dan pengamatan.
1. Tak bersedia.. Datang melenggang je.. Sekali bila kena soal dengan ahli mesyuarat terkial-kial nak kelentong sana sini.. Kalau nasib baik jadi, kalau tak ‘ lu pklah sendiri’..
2. Perut memulas.. Adoyai.. Sebelum pergi mesyuarat seeloknya jauhi makanan yang penuh dengan sambal.
3. Salah tempat. Tak mendapatkan maklumat dengan tepat. Kalau tempat dekat takpe dibuat jaraknya berpuluh km memang haru…
4. Datang lambat. Imej pasti tercalar kalau anda masuk bilik mesyuarat lewat dari pengerusi. Lebih-lebih kalau anda perlu menyediakan persembahan. Pengerusi terpaksa menunggu anda dengan muka masam..
5. Pakaian yang tidak bersesuaian. Kalau mesyuarat formal dan melibatkan VIP elok pakai yang sesuai. sarungkan kot dan tali leher bagi menunjukkan ke’profesional’ anda.. Jangan pula pakai cam orang nak gi kebun plak..
6. Bercakap dengan member sebelah ketika pengerusi sedang bercakap. Hormatilah pengerusi sebab beliau yang akan memberikan keputusan . Nanti keputusan tidak menepati kehendak, tahu pula marah..
7. Diam seribu bahasa.. Ini pun biasa berlaku.. Kengkadang si Zool pun sama.. ha haha.. ye lah kalau diam je mana datang percambahan idea dalam mencari masalah dan penyelesaiannya.. Seeloknya cuba memberikan pendapat yang bernas.
Okay rasa cukup setakat ini.. Mungkin anda mempunyai idea untuk dikongsi bersama.. Silakan..

















hai..time kasih singgah..jenguk jugak blogshop sye erk..
http://shopdnet.blogspot.com
Reply
Biasanya kalau hadir mesyuarat kita adalah wakil bagi organisasi kita.Jadi perlu lah ada persediaan dari segi menta dan fizikal.Kalau ditanya semasa mesyuarat jangan lah kata kita menggantikan org dan kita tak tau apa yang dibincangkan kerana ianya nampak tidak profesional dan bole menjejaskan imej kementerian/jabatan/bahagian masing.
Reply
Keberanian untuk bercakap di dalam mesyuarat juga penting terutama pegawai-pegawai muda.Tapi jgnlah cakap semborono tanpa ada facts and figures.Ini kerana apa yang kita cakap biasanya akan diminitkan dan akan menjadi satu punca kuasa untuk digunapakai sekiranya memerlukan tindakan selepas mesyuarat.
Inilah sedikit tips yang boleh dikongsi bersama.
Reply
zool
Reply:
February 5th, 2010 at 3:58 pm
Terima kasih atas tips..
Kepada adik2 semua ikutlah tips dari Pegawai Tadbir Diplomatik ni ye..
Reply
yg perut memulas tak tahan tu.
dah perut memulas apooo nokk buek !
Reply
zool
Reply:
February 7th, 2010 at 6:08 pm
kono lah lari2 gi jumpo dr tan…
ponek ek kalau time meeting g tandas jo kojo…
Reply
Sistem Pendaftaran Terbuka? Meeting ape ni??
Reply
zool
Reply:
February 7th, 2010 at 6:09 pm
meeting mengenai penambahbaikan sistem permohonan rumah kos rendah yang diberi nama sistem pendaftaran terbuka.. Sekian.
Reply