Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Nampaknya dalam minggu hadapan akan ramailah insan-insan yang mendaftarkan diri di IPT.. Ramai yang akan mengalami ‘culture shock’ iaitu perubahan keadaan.. Bagi mereka yang tidak pernah berenggang dari rumah (seperti saya) memang akan mengalami sedikit kejutan.. Sedar tak sedar dah lebih 8 tahun saya keluar dari IPT.. Banyak sekali kisah suka duka dalam menghadapi kehidupan bergelar siswa..

Untuk topik kali ini saya memberikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh siswazah di IPT. Diharap tips ini dapat memberi sedikit panduan kepada adik-adik yang baru mendaftar di IPT ..
1. Ramai siswa/siswi sibuk dengan alam percintaan sehingga lalai dan lupa tanggungjawab terhadap keperluan sebenar bergelar siswa/siswi…
2. Tidak melibatkan diri dengan suasana sekeliling.. Sebenarnya ketika menuntut di IPT merupakan tempat untuk anda menambah pengalaman dan pengetahuan.. Saya akui saya tidak aktif di IPT dan terasa ruginya kerana tidak mempergunakan sepenuhnya hidup di kampus untuk membina kendiri dan mencari ‘rangkaian’ di sana.. Kepada adik-adik ceburi lah persatuan.. Memang memenatkan tapi ianya akan membantu anda membentuk diri bagi meneruskan hidup anda di alam kerjaya kelak..
3. Tidak mempergunakan alam siswa untuk berniaga.. Saya akui memang ketika di kampus banyak sekali siswa yang melakukan perniagaan sambilan.. Sedikit sebanyak mereka mampu membentuk diri menjadi usahawan.. Ada yang menunjukkan kekreatifan dengan menghasilkan makanan dengan bahan-bahan yang terdapat di kampus.. Selain mendapat duit poket lebih mereka mampu mendapat pengalaman berharga..
4. Lebih banyak tidur.. Ha ha ha.. Rasanya ramai yang melakukan kesilapan ini termasuklah orang yang taip ni. Lebih-lebih lagi tiada aktiviti menarik untuk dilakukan jadi tidur menjadi antara pemenuh jadual hidup.. Rugi je rasanya…
5. Tak belajar.. yang ini kesilapan yang patut2 dielakkan sebab terdapat ramai pelajar yang dibuang dari pengajian kerana CGPA yang tidak memenuhi syarat.. Sedih tau kalau kena buang ni. Penat-penat mak bapak hantar tiba-tiba tak belajar dan menghampakan keluarga..
6. Duduk je kat rumah tak berjalan-jalan.. Memang ianya dapat menjimatkan perbelanjaan tetapi memang kesianlah terutamanya kalau anda belajar di tempat yang mungkin peratus datang kembali agak rendah.. Saya sendiri akui terasa terkilan kerana tidak banyak berjalan ketika belajar di Jengka, Pahang. Sekarang ni nak datang Jengka?? Payah sekali..
Rasa-rasanya cukup setakat ini.. Kalau anda ada kesilapan yang boleh dijadikan panduan pada bakal siswa mungkin boleh berkongsi di sini… Chow pegi pasar malam dulu…








