Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kesilapan dilakukan ketika bercuti hujung minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ketika entri ini ditaip, ianya dilakukan pada hari Ahad dimana kebanyakan kita sedang bercuti dan berehat. Saya terjumpa sebuah artikel menarik yang seterusnya ditulis di blog kesihatan mengenai kesilapan yang dilakukan ketika cuti hujung minggu.
Rasanya elok kalau saya kongsikan mengenai kesilapan yang dilakukan didalam blog ini memandangkan ia mungkin pernah dilakukan oleh kita semua. Berikut merupakan kesilapan yang sering dilakukan ketika cuti hujung minggu :-

1. Tidur terlalu lewat
Bila waktu cuti hujung minggu kita biasa akan lambat tidur pada malam sebelumnya. Seterusnya ia akan memberi kesan pada jadual tidur dimana kita akan menggantikannya pada hari berikutnya. Ini bukan satu tabiat yang baik kerana ia akan menganggu kelancaran tidur kita. Seeloknya elakkan aktiviti berjaga malam dan kalau berjaga juga elakkan tidur sampai lebih dari waktu sepatutnya.
Selain tidur lewat, ada juga yang tidur terlalu lama pada hari Ahad. Ini sekaligus mengurangkan producktiviti hidup ini.

2. Terlebih makan
Terlebih Makan
Bila hari cuti hujung minggu pasti aktiviti akan berkurangan berbanding hari kerja. Masa yang terluang itu kadangkala dihabiskan untuk makan terutama bila takde aktiviti yang ingin dilakukan. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kalau kita nak menguruskan berat badan. Elakkan dari banyak makan pada cuti hujung minggu.

3. Terlalu asyik dengan gajet
Sepatutnya hari cuti minggu elok mengurangkan aktiviti dengan gajet kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan diri. Cuba elakkan bermain dengan gajet pada hari cuti minggu.

4. Terlalu ingat pada kerja
Walaupun cuti tapi masih ingat pada kerja-kerja pejabat yang tak disiapkan pada hari sebelum cuti. Ini sedikit sebanyak memberi tekanan pada diri ini. Elakkan mengingat hari kerja pada hujung minggu dan jangan bawa balik kerja.

5. Tidak melakukan sebarang aktiviti.
malas-tgk-tv
Ini juga merupakan sesuatu yang sering dilakukan oleh kita. Bila hari Ahad je duduk rumah sambil tengok televisyen. Memang nampak rehat tapi ianya akan membuang masa tanpa aktiviti berfaedah. Lakukan aktiviti luaran atau setidak-tidaknya kemas rumah dan lakukan dekorasi mudah. Selain dapat mengeluarkan peluh, dapat juga mencantikkan rumah. Tak gitu? Kalau takde idea untuk dekorasi, boleh cuba klik gambar di bawah ni

6. Tertekan pada hari Ahad.
Walaupun hari cuti kadangkala kita tertekan dengan masalah hidup dan ianya akan dibawa ke tempat kerja pada hari Isnin seterusnya menjangkit ke hari seterusnya. Ini sentiasa berlaku dan rasanya perlu dielakkan mengalami tekanan pada hari Ahad.

Agak-agak ada tak kita lakukan seperti perkara diatas? Secara jujur, banyak juga yang saya lakukan seperti diatas. Insyallah, saya akan mengubahnya pada cuti hujung minggu hadapan. Kalau anda ada aktiviti lain yang memudaratkan dilakukan pada cuti hujung minggu elok kiranya kalau berkongsi sama.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

14 thoughts on “Kesilapan dilakukan ketika bercuti hujung minggu

  1. hari cuti untu berehat tp kalau dah berkeluarga x da nak rehat
    hari bekerja bersama keluarga plak… hehehe

  2. saya bercuti fokus pd anak dan suami..slu sy kemas rumas, masak resepi baru heee..blog jika free slu akan melarat sampai pagi tapi semenjak dua minggu ni sy bz skit dg perniagaan hua,,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)