Kesiannya …

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ini saya tiba-tiba terasa untuk menulis sebuah nukilan bertajuk kesiannya.Tak tau nak kata dalam kategori apa. Nak kata sajak pun bukan nak kata madah pun bukan.
Sekadar tulisan yang mungkin ada kaitan dalam diri kita..

‘ Kesiannya bila aku memandang makcik tua berjalan terkedek-kedek setiap pagi untuk bekerja, tapi lagi kesian bila ku lihat nenek yang duduk di rumah tanpa berbuat apa;
‘ Kesiannya bila ku perhatikan pakcik tua masih mengurat sedangkan usia hanya menganjak ke senja, kesian isteri dan anak ditinggalkan ‘
‘ Kesiannya bila dia berpuasa tapi kata-katanya penuh dosa, kesian hanya dapat lapar dan dahaga’
‘ Kesiannya bila berpangkat haji tapi setiap hari mengutuk dan mengeji , kesian ilmunya tak dipergunakan’
‘ Kesiannya bila mengaku bijak dan mencerca orang lain tapi dirinya masih kecil, ilmunya tak lebih dari setitis air dilautan’
‘ Kesiannya bila melihat dia mengekor dan mengipas ketuanya, diadu domba rakan pejabatnya. Kesian, pasti menanti balasan dariNya’
‘ kesiannya bila melihat si peminta sedekah menadah tangan, lebih kesian jika mampu namun hanya inginkan belas’
‘ kesiannya bila cerita jenayah berleluasa sedang masjid melambak di sana sini’

‘ Tapi lagi kesian bila aku lihat pada diriku.. Rupanya aku lebih kesian dari mereka semua. Masih banyak yang perlu diperbaiki dari terus kesian pada mereka…’

Entahlah.. Ini sekadar luahan dan tulisan tatkala dalam keadaan kelu.. Huhuhuhu.. Bantai je

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1053
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Kesiannya …”

  1. beliamudaNo Gravatar says:

    kesian… banyak kali ulang, cam pelik lak bunyinya.. huhu

    Reply

  2. megatNo Gravatar says:

    bagi aku ia adalah salah satu perasaan yang timbul tatkala sesuatu peristiwa berlaku.

    perasaan seperti ini seringkali terjadi tatkala kepada mereka yang berjiwa.

    kesian [sambil geleng kepala] he3

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    kasihani diri kita.sebelum kita kesiankan orang lain.
    tengok dulu diri yang susah.

    Reply

  4. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Ish, kesiannya aku baca.

    Reply

  5. KNizamNo Gravatar says:

    kisah benar ni kan. hehe sabar2 zool eh :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kisah benar. ada yang kena ada yang tak :(

    Reply

Leave a Reply