Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hm.. baru-baru ini saya telah menghadiri bengkel keselamatan ICT untuk Jabatan Ketua Menteri Melaka..
Bengkel selama 3 hari memberikan banyak info mengenai keperluan keselamatan di jabatan di mana ianya amat perlu diambil perhatian serius..
Saya rasa tidak perlu bercerita tentang rumusan atau kesimpulan bengkel tersebut kerana ianya tidak mempunyai kepentingan kepada anda…

Cuma dalam bengkel tersebut ada beberapa ilmu yang mungkin boleh dibincangkan oleh anda semua.. Antaranya ialah :-

1. Seorang dari peserta bengkel yang juga Pegawai Teknologi Maklumat di JKMM memaklumkan tentang betapa tidak selamatnya wifi.. Ini kerana melalui wifi maklumat anda boleh dicuri oleh hackers-hackers diluar sana.. Isu ini menarik perhatian kerana rasanya ramai dari kita yang menggunakan perkhidmatan perbankan secara online.. Perkara ini mungkin akan menyebabkan kita lebih berhati-hati.. Apa kata peniaga internet sekalian?? Mungkin ada komen??
2. Signal alarm kereta anda boleh direplicate.Ini diberitahu oleh penceramah. Huhuhuhu merbahaya tu.. Bagi kereta si Zool ni tak perlu risau sebab tidak mempunyai alarm. Malahan melihat kondisi kereta tersebut pun rasanya pencuri tak sampai ati memecahkannya.. Huhuhuhuhuhu.. Tapi mungkin akan datang kalau si Zool memiliki kewangan yang kukuh pastinya ilmu ini berguna.. Jadi kalau nak pakai alarm tu perhatikan sekeliling.. Dan jangan berlagak, nak tunjuk yang signal keta anda boleh digunakan beratus meter dari anda.. Kalau ilang tak guna ada macam2 teknologi pun..
3. Signal laptop boleh dikesan.. Yang ini menjadi sedikit persoalan antara penceramah dengan peserta.. Beliau sendiri tidak berapa yakin bahawa boleh mengesan laptop dengan peralatan..

Dalam dunia penuh dengan teknologi yang canggih manggih ni tahap keselamatan perlu diambil perhatian.. Semakin canggih cara nak mengukuhkan keselamatan semakin bijak penjenayah-penjenayah mengodam untuk menguraikan teknologi terbabit. Wallahualam.. Semoga kita dapat menjaga harta kita sebaiknya..

Tags: ,

10 Responses to “Keselamatan ..”

  1. aku nk komen sket pasal 3 point yg ko telah berikan…

    1. sememang nyer wifi bleh kena crack n org bleh sniff…kena crack kat sini maksud nyer kalau ko pakai encryption cam WEP utk limit access ke wifi ko..ini boleh dicrack..sebab wifi ko xde medium lain kecuali wave, so semua org yg dpt kesan wave ni..leh sniff ko nyer wireless data. tp mengikut pemahaman aku..kalau cam internet banking, dia guna SSL, so bila org sniff n dapat packet tuh pon, dia kena decrypt dulu baru leh dapat info cam username n password yg ko antar time login…

    2. aku pernah dengar pasal ni..tp disebabkan kurang pengetahuan camana alarm kereta ni bekerja..so aku xberani nak cakap sangat..tp memang kita bleh replicate signal or wave sesuatu benda..kalau kita leh capture, sememang nyer kita leh replicate.

    3. kes ni pernah jadi kat sepupu aku kt johor.laptop dlm boot keta dia kena curi.time wat report polis, polis kata memang ada device yg leh kesan laptop n phone dlm kereta..tp alat tuh kesan sbnrnya adalah bateri…tp aku xtahu camana alat ni bekerja..tp nampak nyer mmg wujud psl pernah kuar paper polis dapat tangkap org guna alat ni..

    [Reply]

  2. dunia sekarang. macam2 boleh wat. sampai rumah sendiri pun orang leh pasang webcam. apatah lagi kes pecah masuk dan keselamatan macam ni..

    [Reply]

  3. ye btul, WEP pnya password bleh je hack, xmustahil. :D

    [Reply]

  4. pasal yang kereta tu.. tak jugak.. kalau keta lama.. dia takde pecahkan.. dia ambik semua sebab jual kat keta potong.. part2 semua kena.. kat rumah am ada bebarapa jenis keta yang susah nak dapat atau lama.. ada orang conteng dengan marker..

    kalau nak jual, contact boy (n0 tel) keji tak.. keta kawan am pun kena..

    [Reply]

  5. semakin canggih tahap keselamatankini,maka semakin kreatif jugalah minda penceroboh kita.Justru,jangan terlalu yakin terhadap apa jua tahap keselamatan yang kita miliki kerana penceroboh di sekeliling kita punya kuasa minda yang semakin hebat.So,alarm yang terbaik buat kita ialah sikap berhati-hati dan waspada selalu….

    [Reply]

  6. haha.. aku teringat cerita prison break season 4. ada device yang sgt canggih. mungkin kalau dikomersialkan produk hacker tu, hm.. fikir2kan la..

    eh kamu tgk ke PB encik zool?

    [Reply]

  7. semakin maju dunia semakin rendah moral manusia. sanggup buat apa saja untuk kesenangan diri sambil tu bakal menyusahkan orang lain.

    bro…aku ada blog baru pasal bola…saje nak kongsi… :)
    http://kipasliverpoolfc.blogspot.com

    [Reply]

  8. Salam Zool,
    Pernah abgjas terbaca, Osama bin Laden enggan menggunakan handphone (atau alat elektronik lain) utk mengelak (isyarat) dikesan satelit pengintip U.S.

    Bekas Presiden Chechnya, Dzolkar Dudayev (atau Salman Raduyev kalau x silap) mati dibom peluru berpandu Russia setelah kedudukannya dikesan menerusi handphone yg beliau gunakan.

    [Reply]

  9. maca-macam boleh buat sekarang, tapi ada cara nak protect juga :)
    project team member aku pernah hilang 3 notebook sekali dari satu kereta.

    anyway, kalau lah semua betul macam cerita eagle eye tu, susah nak hidup.

    [Reply]

  10. 1. WIFI boleh dihack (dicrack) securitinya… tetapi orang yang nek buat kerja tue kena mahir la..

    2. Cerita tentang SSL ker aper ker… pada gua la…. gua tak caya online banking nie… bahaya oooo… mudah sangat… Tak perlu nak hack server bank… cukup dengan buat sniffing tools dan bagi kat sasaran… hehehe.. (dah pernah cuba cara nie).

    3. Signal alarm kereta memang ader alat yang boleh replicate dan duplicate… cuba tanya kedai jual aksesori kereta… cakap kat dier camnie.. “Bos… saya punya remote satu sudah rosak.. you boleh duplicate tak” … sure dia akan kata… “boleh..”

    4. Tentang alat untuk kesan bateri notebook tue, gua tak pernah jumpa.. tapi alat untuk clonekan sekeping kad kredit dalam masa 2 minit gua pernah ada pada tahun 1996 dulu… dah jual pon skrang nie… hehehe.. dulu buat test jer… (masa kad kredit pakai magnetic stripe)… yang pakai chip pon dengar khabar dah ada alat untuk klon kan… hehehe

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>