Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak malas nak gi keje esok ni.. Sedar tak sedar hampir 2 tahun blog ligakampung ni berada di alam cyber ni. Pandang balik ke belakang dan saya akui bahawa kesan blog terhadap diri ini agak besar.. Walaupun dari segi penampilan masih seperti dulu namun banyak yang berlaku kepada si Zool. Antaranya ialah :-
1. Menjadi seorang yang gilakan blog. Setiap hari menerjah dan menerobos blog-blog samada blog melayu mahupun omputeh…
2. Mula mengenal beberapa individu yang belum tentu dapat dijumpai dalam dunia realiti. Individu yang mempunyai kemahiran berbeza dari diri ni..
3. Memupuk hobi baru. Bukan sekadar blog je malahan saya juga telah mula meminati aktiviti-aktiviti ambil gambar, pertanian dan jalan-jalan. Kalau dulu memang asyik memerap rumah sambil baca komik je.. Disebabkan blog-blog perlu diupdate, saya perlu mencari aktiviti menarik untuk ditulis.. Takkan nak tulis pasal makan tido je kan.
4. Dapat tambah pendapatan. Walaupun tidak sebanyak uzair tapi bolehlah nak kumpul2 sikituntuk persediaan kahwin..
5. Menggunakan internet secara optimum. Jika sebelum ni saya layan internet untuk download manga, anime je tapi perkenalan dengan blog menyebabkan saya lebih teliti dan cepat. Semuanya sebab saya memiliki blog mengenai manga yang memerlukan saya lebih pantas mendapatkan informasi. Lambat bermakna blog saya akan ketinggalan..
6. Spek mata bertambah powernya. Ini antara perkara negatif yang berlaku.. Tak boleh dinafikan yang kecenderungan mengadap PC menambahkan kuasa kanta di cermin mata..
7. Mempunyai peminat.. Eh ada ker?? Bukan peminat Zool tetapi peminat kepada blog-blog saya yang setia.. Terima kasih kepada anda semua.. Tanpa pembaca siapalah si ZOol..
Okaylah cukup setakat ni.. Mungkin anda juga mengalami kesan dengan blog.. Samada anda penulis blog mahupun setakat pembaca , saya yakin sedikit sebanyak pengenalan anda dengan blog memberi kesan terhadap kehidupan anda..
RSS Feed
Twitter



June 7th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Bagus Blog En Zool ni..Banyak info2 berguna…Teruskan usaha untuk terus menulis…apa kata lebihkan info2 mengenai procedure sewa-beli rumah, kereta,insurans,gardening, dan tempat2 menarik kat Melaka.Maybe satu hari nanti boleh jadi Consultant..Ia bermula apabila pembaca kat luar sana mempercayai info kat blog ni..
Reply
zool
Reply:
June 8th, 2009 at 13:27
hm.. info pasal sewa beli umah tu ok kot..
tapi tang kereta, insuran tu rasanya boleh tgk blog adik saya rear-wheel.com .. saya tak bijak hal2 kete..
gardening pun bukan pandai sgt cuma sikit2 je…
tq kerana memberi sokongan moral..
Reply
yeah!
cayalah orang jasin!
bro..ape kata wat satu komuniti untuk kumpulkan bloggers2 dari jasin?
Reply
zool
Reply:
June 8th, 2009 at 13:28
akan dipikirkan..
Reply
Salam sukses semua
Loq,apa pulak dari jasin jer,dari seluruh kawasan negeri melakalah baru best,boleh saya join nanti,lepas tu boleh kita bertukar2 info pasal Melaka ni, btul x?
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
Reply
zool
Reply:
June 8th, 2009 at 13:29
boleh saja.. memang ada terpk gak tu…
mungkin bulan depan saya nak buat satu projek yg ada libat org melaka dan seantero dengannya
Reply
eh betula buat blogger jasin united. hehe
Reply
zool
Reply:
June 8th, 2009 at 13:30
he he he..
boleh je..
antara calon2 yang akan dilantik jadi pengerusi dah tentu ko..
aku biasalah… AJK Kebun… ha ha haa
Reply
kalau dah mempunyai peminat, senang aje nak kahwin kan
Reply
zool
Reply:
June 8th, 2009 at 13:31
ala.. semuanya peminat pada blog je..
bukan kat aku..
Reply
azwan
Reply:
June 11th, 2009 at 01:55
mana tahu
ha..ha..
Reply
Sememangnya secara psikologi aktiviti boleh membentuk seseorang tu lebih berdisiplin dan enjoy update blog….tambah2x kalau visitor kita makin bertambah….
Reply
ya, blog mmg banyak bagi kesan pada kehidupan online saya.
kalau dulu bila online saya hanya layan friendster dan myspace, baca manga, donlod lagu..
tapi sekarang dah tak layan da..
saya lebih banyak habiskan masa cari info utk tulis dlm blog.
Reply
ko takde facebook ke?
Reply
zool
Reply:
June 10th, 2009 at 18:48
ada.. Tekan je sini
Reply
kuang,kuang,hehe….aku baru je nak menikmati penangan WordPress….
Reply
blog memang powerful to me as insurance agent
Reply