Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamulaikum..
Salam sejahtera..Nampaknya hari ini (11.5.08) merupakan hari ibu.. Bagaimana agaknya perasaan ibu kita ?? Mungkinkah anda memberikan sedikit penghargaan kepada ibu kita.. ?? Atau mungkin anda terlupa untuk memberikan sedikit cenderahati kepada insan yang mengandungkan kita??
Sambil berfikir mengenai idea-idea dan menyusun ayat mengenai topik di atas saya juga mendapat sedikit info dari suratkhabar Mingguan Malaysia mengenai Asma.. Tanggal 6 Mei lalu merupakan Hari Asma Sedunia yang disambut pada hari Isninpertama bulan setiap tahun.. Dan sambutan peringkat Kebangsaan diadakan pada hari ini (11.5.2008).. Banyak info berguna dalam suratkhabar tersebut.. Di harap info ini dapat membantu individu yang mengalami asma terutamanya Cik F.. :)
Semoga sihat selalu..

Pic source :-http://arisblogger.googlepages.com
Okay cukup dengan review hari ini teruskan dengan topik di atas. Topik di atas tiba-tiba muncul dalam minda ini bila terkenangkan saat-saat ketika dalam zaman kegelapan ( ketika menganggur 2002-2004)… Memang terasa membuang masa betul ketika itu.. Alangkah baiknya kalau saya mengenal Internet Marketing ketika itu.. Sudah pastinya domain dan hosting penganggur.org yang pernah dibeli tidak disia-siakan.. Walaubagaimanapun perkara yang dilepas usahlah dikenang.. Teruskan kerja sambil berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup.. Insyaallah..
He he he dah mula melalut la ni.. Tanpa membuang masa anda berikut merupakan pekerjaan/perniagaan yang kurang popular tetapi boleh menjanjikan pendapatan agak lumayan..

1. Pengutip sampah… Ha?? ” Tak nak lah kotor, busuk jijik”.. Mesti ada antara anda yang akan mengeluarkan ayat berikut.. Tetapi itulah rezeki En. Mohd Yazid Sadri, 38 dari Jalan Jaya Setia, Bukit Kapar yang mampu mendapat pendapatan sehingga RM80 sehari.. Bayangkan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai pengimpall di syarikat swasta.. Tinggi bukan pendapatan beliau.. Kalau dikira M80 x 20 (tolak 10 hari konon cuti) = RM1,600.. Wah pendapatan yang melebihi dari gaji seorang pekerja am di sektor kerajaan.. Malahan dengan nilai 10 sen sekilogram sampah yang dijual di Kaunter Pandu Buang dan Pusa Kitar Semula Majlis Perbandaran Klang(MPK) di Meru sudah pastinya mampu memberikan semangat kepada penduduk sekitar untuk mencari rezeki dengan sampah.. Bukan setakat menguntungkan ianya juga membantu membersihkan kawasan sekitar selain dapat membantu usaha Kerajaan mengurangkan kos-kos perkhidmatan syarikat-syarikat yang kadangkala tidak menjalankan kerja dengan baik.. Amacam ??
kepada mereka yang duduk di sekitar Klang apa kata bersihkan kawasan anda sambil menjana pendapatan.. Bila agaknya Majlis di tempat saya nak buat konsep camni?? Boleh gak join.. :)
Sumber :- Harian Metro 11 Mei 2008



2. Membersihkan tangki air.. Sebenarnya idea ini saya dapat dari salah seorang pegawai yang berkhidmat di syarikat AIr Melaka.. Dah lama beliau memberikan pandangan tersebut.. Saya yakin di negeri yang besar telah wujud perniagaan seperti ini namun di Melaka masih tidak popular.. Mungkin ada yang bertanya ada market ke Zool?? Sudah semestinya ada kerana kebanyakan projek perumahan menggunakan tangki air yang dibekalkan pemaju.. Sudah pastinya ketidakrajinan dan ketidakberanian tuan punya rumah untuk memanjat siling rumah merupakan sebab utama untuk bidang ini diceburi.. Tak percaya?? Cubalah..


3. Penulis upahan untuk blogger.. Rasanya mesti ramai yang tertanya-tanya.. “Eh ada ke kerja penulis blog??” Ye memang ada . Terdapat blogger-blogger yang mengupah ‘penulis upahan’ bagi memastikan blog mereka sentiasa dikemaskini.. Dan dengan hanya menulis anda mampu menjana pendapatan. Betul tak syam?..:)


4. Tonto. Ops.. ni salah dari segi undang-undang dan agama …Jangan dibuat . Kena tangkap gua tak tau..

Rasanya banyak lagi kerja-kerja yang kurang popular yang boleh anda nyatakan di sini.. Mungkin ada yang tengah mencari-cari idea untuk mencari duit boleh menggunakan maklumat tersebut.. Dan kepada anda yang masih mencari, jangan risau rezeki untuk anda pasti ada.. Usaha tangga kejayaa.. ADIOS..
Adoi tangan sakit plak 2-3 ari ni angkat banyak barang..

Tags: ,

12 Responses to “Kerja kureng tapi masyuk”

  1. penanam anggur..kekeke..aku skang ni dah nak masuk 2 thn tanam anggur gak..cool bukan?

    [Reply]

  2. hehehehe penulis blogger upahan tu cam ok jer. hehe :)

    [Reply]

  3. Apa kerja sekalipun tak kisah yang penting minat mendalam. Tanpa minat kerja yg dilakukan pasti tidak berpanjangan.

    [Reply]

  4. Kepada belia-belia diluar sana yg ingin memulakan/mengembangkan perniagaan bole mendaftar tabung ekonomi belia dengan melayari laman web http://www.kbs.gov.my.Syarat pinjaman telah dilonggarkan.Amacam bro bob,lu jumpe peg belia jasin member gua jaswin mintak penerangan ngan dia.Ternak cacing tu mcm best je.Teringat aku keje salesman mase gawat dulu.

    [Reply]

  5. memang pun..kdg2 kita tgk sesuatu kerja/ bisnes tu nmpak simple je, tapi keuntungannya tak siapa tahu. mcm yang selalu disebut oleh Chef Li, dlm bukunya- Jutawan Senyap..

    [Reply]

  6. aku sokong cakap A.afandi. ape2 pon mesti ada minat. kalau ada kebolehan atau skill tapi tak berminat tak ke mana jugak.

    Skill/kebolehan tu perlu bergerak side by side ngan minat.

    [Reply]

  7. catzer –> cool.. tak lama lagi kawinlah tu… boleh jadi suri rumah yang menjana pendapatan dari internet…
    knizam –> kalau traffik dah banyak cam johnchow tu bolehlah nak panggil penulis upahan…
    Afzai Afandi –> betul tu bro.. kalau tak minat keikhlasan tu takde ( rasa cam terkena je..)..
    CD PEG BELIA –> Bagus2.. Belia2 kat sini bolehlah buat pinjaman di Tabung tersebut.. pergi pejabat belia sukan berhampiran untuk keterangan lanjut..
    zuhairy –> betul tu zuhairy.. Bayangkan pencipta seletop tu antara billionaire .. caiyoklah..
    nuarX –> betul tu.. Minat oh minat datanglah kepadaku.. Aku amat memerlukanmu.. :)

    [Reply]

  8. apa kerja pun xkisah..asalkan halal…

    [Reply]

  9. walaupun skang aku hidup dengan duit menulis blog, aku lebih suka dgn gelaran Penulis Sepenuh Masa..hehe..

    penulis blog ni mcm tertumpu sgt & kerajaan pun x berapa suka.. ha ha

    [Reply]

  10. erk..tetiba ada link kat sini :P huhu..pada aku nak seribu daya :)

    [Reply]

  11. hoho~
    menarik gak kan kerja penulis blog ni..
    upah org kan kan?
    yg satu lagi tuh, tukang cuci tangki air pon bleh tahan..bleh buat biznez tuh

    [Reply]

  12. chot –> betul bro..
    mohd ismail –> best la ko penulis sepenuh masa.. minat ko kat situ.
    syamsulariff –> betul tu bro..
    deenasour –> menarik.. cuba tanya mail .. dia pengalaman luas tu.. betul tu cuci tangki satu bisnes yang boleh diambil.. bayangkan satu perumahan ada 100 rumah.. seminggu buat 1 projek perumahan.. dapat 20 rumah cukuplah.. upah dlm 30-50 pun dah ok kot.. 20 x 30 =600…
    minggu depan pegi projek lain plak = 600 x 4 =2400..
    modal?? keberanian, tangga, berus, getah paip.. ada berani??

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>