Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Ketika kursus di Langkawi penceramah telah bercerita tentang kisah hidupnya..
Beliau sebelum ini merupakan seorang penjawat awam seperti saya juga.. Tapi selepas berbelas tahun di dalam perkhidmatan awam beliau merasakan bahawa kebosanan melampau.
Walaupun berjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ketika itu namun beliau mempunyai cita-cita yang berbeza. Beliau merasakan bahawa ingin mencapai sasaran memiliki pendapatan setaraf dengan Ketua Setiausaha Negara..
Dan menurut beliau kurang dari 5 tahun beliau mampu mendapat lebih dari RM10K.. Masyuk woo.. Pendapatan yang sudah pasti lebih dari seorang Pengarah Eksekutif di agensi Kerajaan dan kurang birokrasi serta tekanan politik dari kerja Setiausaha Kerajaan negeri..
Dalam penutup bengkel tersebut beliau memberi sedikit nasihat kepada para peserta bengkel supaya memahirkan diri dengan perkara di dalam jabatan.. Sambil tu ambil sijil kerana kerja konsultansi ni ‘masyuk’.. Saya bersetuju dengan beliau..
Memang ada terfikir untuk menukar ‘tune’ ke arah itu. Walaupun mulut ni sukar untuk menuturkan kata-kata tapi ianya boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.. Banyak jenis konsultansi yang wujud kini .. Dari konsultansi untuk perkhidmatan awam, swasta dan orang perseorangan.
Jenis konsultansi pun bermacam.. Konsultansi sistem pekerjaan, bisnes, kaunseling, perancangan kewangan dan sebagainya.. Bila beliau memberitahu tentang pendapatan yang mantop boleh didapati dari kerja konsultan memang saya percaya.. Ini kerana kalau dilihat di agensi kerajaan mahupun swasta, program cam ISO, 5 S, star rating banyak dilaksanakan..
Ini bagi memberi imej yang baik kepada agensi terbabit.. Bayaran yang dikenakan pun boleh tahan gak.. Seingat saya, pernah memangil konsultan untuk bengkel ISO.. Tak silap saya kira-kiranya lebih dalam RM3K untuk 2 hari ceramah.. Kira oklah tu sebab penginapan disediakan.. Cuma perlu sedia badan dan mulut je..
Jadi pendapat saya, kursus-kursus yang pernah dihadiri tidaklah membuang masa.. Mungkin ada kegunaan di suatu waktu nanti .. Mungkin juga boleh pencen awal dengan membuat konsultansi.. Ada sesiapa ada pendapat bernas??
RSS Feed
Twitter



April 7th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


masa untuk berubah…
Reply
Kalau ada apa yg diperlukan untuk jadi konsultan ok la…pendapatannya nampak lumayan sungguh
Reply
Bhai…
Nak jadi konsultan yang bagus kena ader nie…
1. Ayat yang power
2. Mantop dari segi ilmu dan amalan.
3. Suara kena mantop..
4. Aura kena ader..
5. Tak boleh gagap… hahaha kalau gagap.. buat jadi bahan lawak jer..
6. Kalo lelaki (kena hensem), kalo pompuan… hehehe…. korang paham jer la… (bodi baik @ budi baik)
7. Otak mesti pantas dan pengalaman kena ader… Olahan kena baik..
err….. amacam… ok tak…
Reply
aku pun bosan dengan keje aku sekarng, rasa nak berubah la. skrg aku EO. buat kerja sama je hari2
Reply
ko mmg pakar IT kan. hehe
berbaloi tau amik cert mana2 ni…especially SAP
Reply
zool
Reply:
April 12th, 2009 at 21:52
Aku tak berapa pakar lah dalam IT..
walaupun ada sijil..
aku ingat nak cari sijil dalam bidang cam audit-audit ni..
best woo kalau jadi konsultant ni..
Reply