Blog Download Area
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Kereta guna air??

Written by zool on July 2, 2008 – 11:40 am -

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ketika ramai orang sibuk bercerita samada di blog atau di tempat-tempat makan mengenai isu politik semasa tiba-tiba saya terdengar berita dalam TV yang lebih menarik..

Jadi sibuklah bertanya dan mencari maklumat dalam internet.. Almaklumlah dalam 2-3 bulan lagi saya melancarkan blog kereta yang akan dikendalikan oleh adik saya, BDFabregas.. Sedikit sebanyak teknologi baru kenalah diambil tahu..
Membaca dalam laman web didapati teknologi ini telah diperkenalkan di Malaysia namun ianya tidak diketahui secara meluas.. Penggunaan 70% petrol dan 30% air sebagai penjana tenaga bagi menggerakkan kenderaan memang pastinya akan menarik minat ramai dari kita terutamanya dengan peningkatan harga minyak yang menyebabkan kestabilan kewangan masing-masing berada dalam kritikal.

Sedikit teori
Sememangnya kita semua tau di mana molekul air terbahagi kepada Hidrogen dan Oksigen (H2O).. Melalui pengaktifan molekul petrol yang terdiri daripada hidrokarbon akan berlaku tindakbalas antara atom hidrogen dan oksigen sebaik enjin dihidupkan..Ini akan membantu memudahkan pembakaran yang baik..

Kelebihan :-
FAKTA: Kelebihan

Mengurangkan penggunaan petrol
Menjimatkan kos petrol
Membersihkan enjin
Menambah tenaga dan pecutan enjin
Kurang asap/gas toksik dari ekzos
Mesra alam
Hanya gunakan air sebagai bahan api kedua
Lebih kos efektif, praktikal, murah dan mudah berbanding sistem NGV dan elektrolisis

Keburukan :-

Kurang pecutan..
Kenderaan akan lebih berat untuk menampung air..
Komponen enjin berkebarangkalian untuk berkarat..
Kos pemasangan peralatan yang agak tinggi

Mesti ramai yang ternanti-nanti dengan teknologi terbaru penggunaan air ini.. Mungkin para saintis bertungkus lumus untuk mencari kaedah terbaik mengerakkan kenderaan. Mungkinkah kenderaan menggunakan air 100% akan wujud?? Tunggu!!!

Topik berkaitan
Kereta guna air

Kereta guna air, Penyelesaian masalah minyak

Kereta guna H2O (air)
Tengoklah klip ni… Ada baek tak??


Tags: , , , ,
Posted in kehidupan, kereta |

13 Comments to “Kereta guna air??”

  1. menteil Says:

    takde kesan sampingan ker nanti??

  2. zaidi Says:

    tak berani nak cuba, apa pun nak tengok org lain try dulu, kalau ok boleh test, kang tak pasal kete kene over houl pulak

  3. titan Says:

    ai..tak bertahan karat ke nanti kete tu?

  4. zool Says:

    menteil –> aku pun tak pasti lagi.. kita tgklah camner..
    zaidi –> aku pun tak berani lagi nak cuba..
    titan –> mungkin tahan kot… tengoklah camner teknologi dia..

  5. syia Says:

    syia cm nah dgr someone nk developkan lg utk komersilkan dkt malaysia.. tp seingat syia cine orgnye

  6. Uncle G Says:

    effectif tak penggunaannye? ermmm aper pernah try?

  7. nasrun Says:

    Kalau penggunaan nyer ok boleh la di ketengah kan. Tapi mesti teknologi ni mahal lagi.. Sebab baru.

  8. nasrun Says:

    nape takleh nak komen ni.. testing..

  9. Liana Says:

    hai…

    thanks jenguk my blog…jiwang ke??tak la..biasa je..kdg2 je..hehehe

  10. zool Says:

    syia –> oo..takpe nanti saya dah jadi jutawan saya developkan.. tak pun kalau syia jadi jutawan…
    Uncle G –> ala baru dengar berita je.. tak tau ada org guna ke tak??
    nasrun –> sori bro.. tadi komen ko tetiba ke spam ………

  11. oktant Says:

    Salam Zool,

    Harap-harap teknologi ni dpt dibangunkan
    secara efektif.

  12. sufi Says:

    teknologi ini sebenarnya sudah lama. tetapi kerana ia melibatkan industri minyak yang bernilai berbilion-bilion dollar dan melibatkan beribu-ribu vendor serta berjuta-juta orang yg berkerja dengan industri minyak maka banyak kejayaan penggunaan ‘water for gas’ ini tidak di iktirafkan malah ada di antaranya telah disabotaj dan digagalkan. ini realitinya.

  13. sufi Says:

    sila lawat youtube dan taip ‘water 4 gas’. anda akan dapat jawabapanya.malah LMG trekker sekarang pun menggunakan H2O…jadi apa yang peliknya. cuma yang peliknya bila orang yang mempunyai kuasa tidak mengarahkan agar kereta keluaran malaysia seterusnya, harus menggunakan teknologi ini. sedih kan.



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS