BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » makanan » Kerepek pisang yang sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti anda semua biasa makan kerepek pisang kan? Makanan ringan dari tempatan yang boleh dimakan ketika minum petang atau masa tengah santai-santai. Di rumah si ZOol memang terdapat beberapa pokok pisang. Dan di kebun bapa juga terdapat beberapa pokok pisang, cuma agak malang tidak terjaga dan pisangnya tidak menjadi.
Berbalik kepada kerepek pisang, ia merupakan kudapan yang ringkas untuk dimasak. Walaubagaimanapun bukan semua jenis pisang yang boleh dibuat kerepek pisang ni,cuma beberapa jenis pisang seperti pisang tanduk, pisang nangka dan beberapa jenis pisang yang sesuai untuk digunakan untuk membuat kerepek pisang ni.
Berikut merupakan resipi pisang tanduk

Bahan-bahan membuat kerepek pisang

4 biji pisang tanduk
minyak utk menggoreng
sedikit garam
Cara-cara

Panaskan minyak. Letakkan sedikit garam didalamnya.
Bila minyak dah panas sagat terus pisang ke dalam kuali. Api biar sederhana besar.
Goreng sampai kuning. Angkat dan toskan minyak.
Sedia untuk dimakan.

Sumber :- MyResipi

Senang je kan. Kalau ada lebih pisang ni bolehlah si ZOol minta mak/adik cuba buat untuk Ramadhan yang bakal menjelang ni. Ye lah, kerepek pisang pun antara kudapan yang sering dihidangkan di Hari Raya kan?? Memang best. Kalau ada lebih boleh juga jualkan..
Berikut merupakan bukti kerepek pisang
Photobucket
Ini merupakan pisang dari belakang rumah .Pisang nangka ni..
Photobucket
Kerepek pisang yang telah siap di dalam botol… Sedap woo..

Sekian

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :1535

28 thoughts on “Kerepek pisang yang sedap

  1. chiiNo Gravatar says:

    mmg sedap guna pisang tanduk..mcm chii plak..slalunya chii akan wat air garam..then percikkan waktu menggoreng :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo. cara yang baru tu….

    Reply

    chiiNo Gravatar Reply:

    hurm..x pasti plak.tp rasanya ada mcm2 cara..ada juga yg rendam pisang ngan air garam..

    yg pasti,,mmg tiap2 raya chii akan wat kepek pisang..dpt la satu tin..ehehe

    Reply

  2. TehrNo Gravatar says:

    Aku biasa makan kerepek ni
    Memang sedap dan sangat sesuai buat bekal nengok bola
    Hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hohoho… setuju tu

    Reply

  3. titanNo Gravatar says:

    wahh..leh jual nih..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tengok la camne.. ada lebih boleh jual.

    Reply

  4. SurayaNo Gravatar says:

    kerepek pisang ni makan sambil tengok tv best jugak..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang best… sambil tgk drama kat tv kan/

    Reply

  5. KiDNo Gravatar says:

    amboihhh.,.. nampak sedap nih. makan petang2

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang sedap ni. jom la layan petang2

    Reply

  6. MDHAFiZ.NETNo Gravatar says:

    Aku tau makan je.. .mana reti buat sendiri. Kerepek pisang yg versi pedas pun ada.. .aku pernah try. . :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ni dah bagi resipi try la buat.. senang je

    Reply

  7. Kamal MustafaNo Gravatar says:

    KM suka kerepek pisang yang panjang2 tue, kocik2 tak pueh makan eh…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    panjang2 nanti tersekat kat gigi pulak

    Reply

  8. nurmisnanNo Gravatar says:

    hoho.. my fav kerepek pisang tanduk..
    Nak lagi sodap tumbukkan bawang putih bersama2
    kulit. Goreng sekali semasa menggoreng pisang.. superb

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    satu resipi baru tu terbaek la

    Reply

  9. kalau kerepek pedas lagi sedap kn :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang best gak kerepek pedas tu..

    Reply

  10. suriNo Gravatar says:

    salam..yg ni klu buat sndri mmg terbaik..klu tak der kerja buat bersama kluga gotong royong best pula.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau gotong royong tu buat dalam kuantiti banyak tu… boleh meniaga tu

    Reply

  11. mrs.yieNo Gravatar says:

    saya kurang suka makan kerepek sebab melekat celah gigi.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo camtu ek.. memang selalu gak melekat kat celah gigi ni.

    Reply

  12. Jebeng Otai™No Gravatar says:

    selalu bli yg ‘tunjuk2′ jer..hehe

    Reply

  13. amirulfaizNo Gravatar says:

    Tetiba perut bereaksi lapar melihat kerepek pisang dalam botol plastik itu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    lapar ek?? nanti kalau rajin datang la raya rumah den

    Reply

  14. Raya pon dah tak lama lagi nie. Boleh praktis buat utk hidangan raya nt ehhh..

    Reply

  15. Nor AzuraNo Gravatar says:

    Sekarang ni susah la nak dapatkan pisang yang belum masak…tp kalau selain pisang tanduk boleh x guna pisang lain..hehe..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge