Assalamualaikum.. Nampaknya blog saya telah kembali stabil.. Rupa-rupanya ada sedikit masalah teknikal.. Terima kasih kepada en.suhaimy a.k.a shuth yang memberikan penjelasan dan tak lupa juga kepada adilla . Minta maaflah sebab banyak tanya ye.. He he he.. Saya memang camtu..
Okaylah sebelum saya jauh entah ke mana baik saya terus bercerita pasal apa yang ingin dinyatakan di sini… Adakah anda tahu apa makna kerek?? Saya tak pasti samada perkataan ini ada atau tidak dalam kamus dewan.. Tapi saya percaya ramai yang memahami maknanya.. Tak mengapa jika anda tidak faham kerana saya akan menerangkan sedikit sebanyak apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘kerek’. Sebenarnya perkataan ini adalah bahasa slanga yang biasanya digunakan bagi mengambarkan sombongnya seseorang itu… Sebagai contoh si S ni bangga dengan kecantikannya dan tidak mahu bercampur dengan orang-orang yang dianggap tidak sepadan dengannya.. Dan orang lain akan mengelarkan si S sebagai budak ‘kerek’ yakni seorang yang sombong… Hm harap-harap anda semua telah memahami sedikit sebanyak tentang perkataan tersebut… Chewah dah macam cikgu pula si Zool ni…
Okay sudah dengan maknanya.. Jadi kita bincangkan tentang prestasi mereka yang kerek… He he he.. Kebiasannya mereka yang kerek ini bersifat :-
a ) Suka menonjolkan diri secara berlebihan.. Kebanyakan mereka suka mencari cara untuk diberi perhatian dan menyebabkan orang di sekeliling meluat dengannya.. Wek..
b) Suka bercakap besar walaupun kadang-kadang hasilnya tak seberapa…
c ) Suka berlagak-lagak dengan kelebihan yang dimiliki..
d ) Bahasa badan yang menunjukkan sikap kereknya.. Huhuhuhu.. Tak paham ??? Contoh macam berjalan sambil secara berlagak… Camne nak terangkan ye… Paham2 sendirilah
Rasanya setakat ini sahaja idea tentang kerek yang dapat ditulis pada hari ini.. Dah blank takde idea ni.. Bagaimana dengan pandangan anda?? Adakah anda pernah berjumpa dengan mereka yang kerek ni atau anda sering dalam golongan ini?? Jom bincangkan perkara ini sambil minum sirap limau…
p/s :- Peminat Bleach boleh melihat episode terbaru di blog manga saya...









November 15th, 2007 at 9:36 pm
Salam Zool, apa khabar?
.. benar, kesombongan boleh dilihat di mana-mana. Namun, untuk menjadi lebih bermotivasi dan lebih berfikiran positif, latih diri untuk gali nilai-nilai positif yang ada pada orang tu, walaupun dia memang sombong orangnya.
Saya selalu jumpa golongan camni, caranya diam saja dulu dan biar mereka “tunjuk” kelebihan mereka dulu, kita pula jgn nampakkan dulu kelebihan yg kita ada.
Bila timing dah ‘ngam” baru kita keluarkan pula kelebihan kita, skill kita dan kebolehan kita, baru dia taw ! Mereka akan terdiam bila nampak ada org yg lebih hebat dari mereka. Cara ni dah banyak kali saya pakai..
Blogging Zool terasa ada perubahan, terutama dari stail penulisan, dah bertambah baik semenjak saya jarang ke blgo Liga Kampung. Teruskan berblog !!
ikhlas,
- Shueqry -
[Reply]
November 15th, 2007 at 9:37 pm
oh ya, tu pujian ikhlas, bukan sindiran taw!
Be Positive
Pada saya, penulisan Zool memang terasa perubahannya.
- Shueqry -
[Reply]
November 16th, 2007 at 4:16 am
kerek/gerek nih dulu aku start dengar masa blaja kat johor 10 thn lepas…. kerek x semestinya membawa maksud sombong/lagak…. tp selalunya camtuh lerr….
[Reply]
November 16th, 2007 at 5:06 am
perkataan ‘kerek’ tu orang singapore selalu guna…asal-usul mungkin dari jawa atau boyan…
perkataan ‘gerek’ tu macam memuji seseorang sementara ‘kerek’ pulak macam tunjukkan rasa tak puas hati…
dulu masa aku dok singapore selalu guna perkataan tu tapi bila dah pindah johor lama dah tak guna…tapi kalau tengok drama singapore memang ada dorang akan guna…
[Reply]
November 16th, 2007 at 6:12 am
shueqry —> bagus tips ni.. Biasa je shueqry …
shutterspearks —> ye ker?? tapi setau aku kerek nie orang yang berlagak..
kumb@ng —> ni yang aku tunggu2.. ada sejarah tentang asal usul perkataan ini. cayalah kumb@ng. ‘gerek’ tu kalau ikut definisi aku cam lawa…. betul tak? tak kiralah dari segi manusia atau benda2 lain…
[Reply]
November 16th, 2007 at 6:48 am
Bagi aku pula , pandangan masih kabur-kabur ni.Bila aku teringat kerek,mulalah aku terbayang cerek.Based on makna kerek tadi , Pondan tu boleh dikategorikan sebagai “kerek ke ?”
[Reply]
November 16th, 2007 at 9:01 am
Saya kalau terjumpa dengan manusia spesies kerek ni..buat tak tahu dan tak layan jer. Kekadang terasa getik tengok makhluk ALLAH yang bersifat demikian.
Apa dia ingat kita pun bukannya dari tanah.
[Reply]
November 17th, 2007 at 4:20 am
pandangan aku ni pula mcm kabur2 , memang kabur sebab kerek hampir sama dengan cerek , pondan tu boleh dikategorikan sbgi kerek ke?hehe,
.kalau hujungnya k,macam2 saya ingat.kurik,larik,cekik,tilik,lapik pun ada.hehe,
[Reply]
November 17th, 2007 at 10:43 am
kerek ni lebih kurang koki(betul ke eja ni?) jugak la.
gambaran kerek ni macam sesuai untuk lelaki jer. perempuan ada jugak tetapi panggilan kerek tak sesuai.
[Reply]
November 17th, 2007 at 1:02 pm
san —> tak bro.. kerek ni berlagak cam bagus lah …
ryan —? koki?? tak penah dengo plak.. tapi tak kira lelaki atau perempuan masing2 ada kereknya
[Reply]
November 18th, 2007 at 3:26 pm
Bodoh sombong ler tu zool. Anyway Ktom menyokong komen dan pandangan Shueqry tu….biarkan mereka terjun dgn labu2nya dulu lepas tu kita beri pandangan yg bernas dari apa yg dia cakapkan atau boleh juga jika nak terus diam kerana tak ada gunanya kitanak berlawan dgn orang yang macam tu seolah2 dia lupa dr mana asalnya apa yg di milikinya itu. Seikhlasnya Ktom paling tak suka dgn org yang meninggi diri dan bercakap besar ni…
[Reply]
November 19th, 2007 at 4:28 am
Salam Zool,
lama tak masuk blog ko… dah 2 minggu aku tak masuk ofis pun, kena masuk hospital la… tak sihat…
ermmm..”KEREK”…. kat ofis aku ni ramai g boleh dikategorikan dalam kategori ni… aku sendiri la kategorikan bila rasa tak kena ngan jiwa aku.. rasa semacam je.. bg aku.. kerek ni.. org yg perasan bagus.. berlagak.. rasa diri lebih dari orang lain… ermmm.. tak sukanya…
[Reply]
November 19th, 2007 at 11:34 am
ktom —> hm biasalah kat mana2 pun ada spesies ni..
huda –> oo ye ker… sekarang kau camner ?? dah sihat?? patutlah lama tak nampak online..
[Reply]
November 21st, 2007 at 7:20 am
“kereknyer minah/mamat ni”
boleh guna utk lelaki & perempuan gak … tidak semestinya atau ditujukan khas kepada bodoh sombong … saya boleh dikategorikan dlm spesies kerek ni coz dlm apa jua situasi saya suka get involve and being noticed … its my karektor & original bukan buat2. Lagi satu saya selalunya x ambil kisah apa org nak kata tapi mestilah yg betul dan bukan mcm setengah org tu suka sgt cakap belakang … sometimes to some people we need to tell straight to the face - baru mereka sedar … tapi yg terjadi sebaliknya kita plak yg disalahkan kerana berkata benar … iskkhh …
[Reply]