LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Undian Piala Malaysia 2015

Selepas berakhirnya Liga Super 2015, peminat bolasepak tempatan akan menunggu Piala penutup bolasepak Liga Malaysia yang cukup gah iaitu Piala Malaysia.
Bagi pasukan-pasukan yang bertanding akan melihat pada undian dimana sedikit sebanyak mereka boleh mencongak kemampuan pasukan lawan.

Undian telahpun diadakan pada hari ini dimana peringkat kumpulan melibatkan 16 pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Pasukan A diwakili oleh skuad Terengganu, Lions, Kedah dan JDT 2. Agak seimbang juga kumpulan ini dimana Terengganu selaku pasukan pilihan perlu berhadapan pasukan Lions XII yang cukup gah di gelanggang Jalan Besar.
Kedah pula yang menjuarai Liga Perdana juga semakin digeruni apatah lagi mereka juga mensasarkan untuk menjuarai kejohanan Piala Malaysia ini. JDT 2 juga yang mempunyai barisan pemain berpengalaman pasti akan cuba menyaingi pasukan lawan bagi memastikan mereka juga setanding dengan pasukan di kumpulan A.

Pasukan B diwakili oleh kesemua pasukan yang bertanding dalam Liga Super. Tampak pasukan JDT tiada masalah besar untuk ke peringkat seterusnya dalam kumpulan ini. Perak yang sedikit menjunam pada akhir-akhir perlawanan mungkin terpaksa memperbaiki prestasi semula. Agak sukar apatah lagi terpaksa bergantung harap kepada barisan pemain muda.
Sarawak yang hampir tersingkir ke Liga Perdana pula perlu memperbaiki corak permainan agar mempunyai peluang dalam Piala Malaysia ini. ATM yang telah tersingkir ke Liga Perdana pasti ingin mencuba bermain berhabis-habisan dalam kumpulan B ini.

Kumpulan C agak seimbang. Pasukan Selangor selaku pilihan perlu menentang Felda United yang cukup hebat pada hujung perlawanan Liga Super. Mengikat Pahang dan menumpaskan JDT pada 2 perlawanan akhir menunjukkan kesungguhan barisan pasukan Felda ini.
Pasukan Kelantan juga telah mula menunjukkan peningkatan selepas dibimbing jurulatih Zahasmi Ismail dan mempunyai misi dalam Piala Malaysia. T-Team yang kecewa tidak dapat mengiringi Kedah ke Liga Super pasti ingin melunaskan dendam dalam Piala Malaysia ini.

Kumpulan D melibatkan pasukan naib juara Liga Super, Pahang yang perlu berhadapan pasukan PDRM, Penang dan PKNS. Tampak agak cerah untuk penyandang juara ini namun segalanya mungkin.

Senarai Pasukan Setiap Kumpulan Piala Malaysia 2015

Kumpulan A
Terengganu FA
Lions XII
Kedah FA
JDT 2

Kumpulan B
JDT 1
Perak FA
Sarawak FA
ATM FA

Kumpulan C
Selangor FA
Felda United
Kelantan
TTeam FC

Kumpulan D
Pahang FA
PDRM FA
Penang FA
PKNS FC

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Undian Piala Malaysia 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)