post

Keputusan suku akhir Pertama Piala Malaysia 28 September 2013

Hari ini berlangsung perlawanan suku akhir pertama kejohanan bolasepak Piala Malaysia 2013. Selepas menempuhi peringkat kumpulan yang berliku, 8 pasukan berjaya melangkah ke suku akhir dan sudah pasti mereka ingin memenangi perlawanan pertama untuk mendapat moral yang tinggi bagi menempuh perlawanan seterusnya. Kelebihan pada perlawanan ini pasti memberi kelebihan untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir nanti.
Satu perlawanan iaitu antara pasukan Pahang menentang PKNS FC telah berlangsung di Stadium Darulmakmur pada hari semalam dimana keputusan berpihak kepada Pahang dengan keputusan 3-2. (Sebenarnya ada perasan game ni semalam kat ASTRO Arena tapi ingatkan siaran ulangan. Rupanya siaran langsung. Tu yang tak update tu. ). Dalam perlawanan tersebut, pemain import Pahang Matias Conti menjaringkan hatrik manakala gol PKNS dijaringkan pemain sensasi PKNS, Patrick Ronaldinho dan Mohd Lot Abu Hassan. Perlawanan timbal balik akan diadakan pada Jumaat di Shah Alam, jadi diharap tidak terlupa seperti perlawanan semalam nanti.

Perlawanan suku akhir yang lain pula melibatkan Lions XII menentang skuad ATM di Stadium Jalan Besar pada jam 7.45 malam. Pasti kelebihan berpihak kepada pasukan tuan rumah yang tidak pernah tumpas di stadium ini manakala pasukan ATM perlu mengelak dari kalah atau sekurang-kurangnya membawa bekalan gol di tempat lawan pada perlawanan hari ini.
Perlawanan antara 2 pasukan yang mempunyai penyokong teramai iaitu Johor DT dan Kelantan di Stadium Larkin pasti akan menjadi hangat. Semua sedia maklum yang perlawanan antara kedua-dua pasukan akan menjanjikan saingan sengit dan gegak gempita oleh kedua-dua penyokong pasukan. Ia akan menjadi perlawanan tumpuan pada malam ini.

Perlawanan antara Sime Darby menentang Sarawak pula pasti akan menjadi perlawanan yang hebat di Stadium MPSJ. Sime Darby yang berada di tangga kedua Liga Perdana pasti ingin menumbangkan pasukan lawan kerana Sarawak cukup gah di Stadium Kuching.

Siaran langsung suku akhir pertama Piala Malaysia 2013

Siaran langsung suku akhir pertama Piala Malaysia 2013 antara Johor DT akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam. Perlawanan antara pasukan Lions XII menentang ATM disiarkan oleh ASTRO Arena 802 pada jam 7.45 malam. Perlawanan antara Sime Darby menentang Sarawak kemungkinan disiarkan oleh TV1.

 

Keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2013

Keputusan Penuh
***Perlawanan 27.9.2013
Pahang vs PKNS 3-2
Pahang minit 1 : Matias Conti
PKNS minit 37 : Patrick Ronaldino
PKNS minit 38 : Mohd Lot Abu Hassa
Pahang minit 50 : Matias Conti
Pahang minit 55 : Matias Conti

Lions XII vs ATM (1-0)
Lions XII minit 39 : Madhu Mohana

Johor DT vs Kelantan 4-2 (3-1)
Johor DT minit 3 : Jazarin Jamaluddin
Johor DT minit 20 : Norshahrul Idlan Talaha
Kelantan minit 22 : Indra Putra Mahyudin
Kelantan minit 38 : Safiq Rahim
Kelantan minit 49 : Obinha Nwaneri
Johor DT minit 80 : Lionel Nunez

Sime Darby vs Sarawak 0-0 (0-0)

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan suku akhir Pertama Piala Malaysia 28 September 2013

  1. tahniah johor.. tapi kelantan ada 2gol pelawat… kalau kena sana 2-0 kelantan layak.. all the best buat semua pasukan.. ada masa dalam banyak hari nih… kena strategi lebih baik lagi… perlawanan seterusnya pasti lain

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.