LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2015

Hari ini berlangsung perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2015. 16 pasukan ingin mendapatkan keputusan yang baik sebelum perlawanan kedua bagi menempah tiket ke perlawanan separuh akhir.
Kehangatan pertandingan Piala Malaysia 2015 menyaksikan aksi-aksi mendebarkan bagi setiap pasukan. Para penyokong juga memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan masing-masing.

Perlawanan antara Felda menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Perlawanan agak rancak dimana pasukan Felda berjaya mendahului pada minit ke 7 melalui pemain import Thiago Agusto.
Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol sehinggalah pada minit terakhir, pemain gantian JDT Amirul Hadi Zainal berjaya menyambar peluang menyamakan kedudukan. Keputusan penuh menyaksikan pasukan Felda dan JDT terikat 1-1.

Perlawanan antara Pahang menentang Lions XII berlangsung di Stadium Darulmakmur. Pasukan Pahang mendahului melalui pemain tengah, Hafiz Kamal pada minit ke 7. Penyerang import Pahang, Matias Conti berjaya menggandakan jaringan Pahang pada minit ke 53. Pemain sensasi Pahang, Dickson Nwakaeme menambah gol pada minit ke 59 menjadikan kedudukan 3-0.

pahang-vs-lions
Gopinathan yang masuk sebagai pemain gantian berjaya mendapatkan gol ke 4 pada minit ke 67. Pasukan Lions XII tidak berputus asa dan akhirnya mendapat gol pada minit ke 90 melalui Safuqan Baharuddin.

Perlawanan antara Sarawak menentang Selangor berlangsung di Stadium Negeri, Kuching. Pasukan sarawak dikejutkan oleh gol pasukan pelawat melalui jaringan Hazwan Bakri pada minit ke 35. Pemain import Sarawak, Billy Mehmet menyamakan kedudukan pada minit ke 59. Ketika perlawanan menghampiri penghujung, pemain Selangor Afiq Azmi memberikan kemenangan 1-2 kepada Selangor.

Perlawanan antara Kedah menentang PKNS berlangsung di Stadium Darulaman. Skuad Kedah berjaya mendapatkan gol pada minit ke 75 melalui Syazwan Zainon.
Pasukan PKNS berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke 87 melalui Henry.

Keputusan Penuh Perlawanan Suku AKhir Pertama Piala Malaysia 2015

Kedah vs PKNS 1-1
75′ Syazwan Zainon (KED)
87′ Henry (PKNS)

Sarawak vs Selangor 1-2
36′ Hazwan Bakri (SEL)
60′ Billy Mehmet (SAR)
89′ Afiq Azmi (SEL)

Felda vs JDT 1-1
7′ Thiago Augusto (FEL)
90′ AmirulHadi (JDT)

Pahang vs Lions XII 4-1
7′ Hafiz Kamal (PAH)
55′ Matias COnti (PAH)
58′ Dickson (PAH)
67′ Gopinathan (PAH)
90′ Safuwan (LNS)

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2015

  1. Malam tadi saya ada Friendly Chess…. Sebelum main ada BBQ Dinner… Masa tu nampak juga aksi Felda vs JDT … Tapi tak sempat nak tengok pun… Fokus otak dah ke lain masa tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)