post

Keputusan Suku Akhir Pertama AFC 2016 : JDT terikat dengan South China AA

Perlawanan AFC 2016 memasuki fasa suku akhir. Malaysia yang hanya mempunyai satu wakil iaitu juara bertahan, JDT menentang pasukan dari Hong Kong South China di gelanggang lawan.
Pasukan JDT terikat 1-1 dengan pasukan tuan rumah. Pasukan JDT mendahului pada minit ke 20 melalui jaringan Pereyra Diaz sebelum pasukan South China menjaringkan gol pada minit terakhir melalui pemain import mereka, Nikola Komazec.

Dalam perlawanan ini skuad JDT bermain baik pada separuh masa pertama dengan menguasai perlawanan serta menghasilkan serangan berbahaya namun pada separuh masa kedua seakan hilang tumpuan. Banyak kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan menganggu permainan terutama pasukan JDT.

Ada juga situasi yang hampir mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan Diaz diberikan kad kuning. Malahan dalam perlawanan ini menyaksikan beberapa pemain diberikan kad kuning yang pasti akan memberikan kesan dalam penyertaan mereka dalam Piala AFC ini nanti.

Tumpuan hilang pada minit-minit akhir menghadiahkan gol bagi pasukan lawan. Pasukan JDT masih berkelebihan dengan jaringan di tempat lawan dan diharap pasukan JDT akan memperbaiki segala kelemahan di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 20 September nanti. ‘LUASKAN KUASAMU’. Semoga berjaya mencipta kejayaan berganda dalam Piala AFC nanti.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.