LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia – Felda United vs Johor DT

Selepas perlawanan separuh akhir pertama melibatkan Kedah menentang Pahang dimenangi oleh pasukan tuan rumah, hari ini berlangsung satu lagi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014.
Perlawanan hari ini menemukan pasukan berstatus kelab, Kedah menentang jagoan dari selatan, Johor DT. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada malam ini pasti akan menjanjikan saingan menarik.

Felda United vs JDT 20 Oktober 2014 Piala Malays
image hosting site over 5mb

Pasukan Felda yang dibarisi barisan pemain berpengalaman pasti ingin meneruskan rentak untuk melangkah ke peringkat akhir. Namun pasukan Johor DT yang dibarisi pemain bintang pasti menjadi batu penghalang besar bagi skuad bimbingan Irfan Bakti untuk menjulang Piala Malaysia 2014.
Kekuatan kedua pasukan seimbang dengan rata-rata pemain telah memiliki pengalaman bersaing di peringkat tertinggi namun malam ini akan memberikan sedikit gambaran pasukan yang mampu layak ke akhir. Tempoh 90 minit pertama ini akan cuba dimanfaatkan oleh kedua-dua pasukan untuk mendapat kelebihan sebelum perlawanan timabl balik nanti.

Pasukan manakah yang akan mendapat bekalan selesa atau mampukah masing-masing mencari kelebihan? Kita saksikan perlawanan tersebut pada malam ini.

Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2014 – Felda Utd lwn Johor DT

Felda Utd vs Johor DT 4-3(2-0)
Junior Wilson minit ke-7 (FELDA)
Syamim Yahya minit ke-43 (FELDA)
Pereyra Diaz minit 52 (JDT)
Makaeche Ndumba minit-61 (FELDA)
Luciano Figueroa minit ke-79 (JDT)
Pereyra Diaz minit 87 (JDT)
Makaeche Ndumba minit-90+3 (FELDA)

** Perlawanan yang menarik walaupun dalam keadaan hujan. Pasukan Felda berjaya mendapatkan kelebihan satu gol namun pasti satu tugas sukar dalam perlawanan kedua nanti.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia – Felda United vs Johor DT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)