LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2017

Piala Teragung dalam kejohanan bola sepak Malaysia iaitu Piala Malaysia. Antara piala tertua dalam kejohanan bola sepak apabila ianya telah memasuki edisi ke 91 pada tahun ini.
TM Piala Malaysia sempena penaja terbesar kejohanan ini menampilkan 16 pasukan yang kini telah memasuki peringkat separuh akhir dimana hanya 4 pasukan yang akan meneruskan cabaran bagi menjulang piala penutup musim bagi Liga Malaysia.
Empat pasukan itu ialah Perak yang menentang JDT manakala satu lagi perlawanan separuh akhir menampilkan Felda menentang pasukan Kedah.
Pada perlawanan separuh akhir pertama, Perak menjadi tuan rumah dalam perlawanan menentang pasukan pilihan iaitu juara Liga Super empat kali berturut-turut manakala pasukan Felda menjadi tuan rumah perlawanan menentang Kedah di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Jengka.

Ulasan Perlawanan Perak menentang JDT

Kesebelasan Utama Perlawanan Separuh Akhir Pertama Perak menentang JDT .Twitter Berita Bola Semasa

Gol pasukan Perak terhasil akibat kesilapan pemain pertahanan kiri Hasbullah yang melakukan tolakan yang tidak dapat dibaca oleh penjaga gol JDT, Izham Tarmizi sekaligus memberikan gol pendahuluan bagi pasukan Perak. Pasukan JDT juga melakukan serangan melalui percubaan Safiq Rahim yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol kebangsaan Hafizul dan hanya selangkah sahaja untuk disambar oleh Mohd Ghadar pada minit ke 20.

Separuh masa kedua menyaksikan Ghaddar yang kurang berfungsi berjaya mencuri peluang selepas kesilapan dari ketua pasukan Perak, Shahrom Kalam yang tidak berjaya melakukan clearance sehingga memudahkan pemain penyerang berbisa itu menjaringkan gol menewaskan Hafizul Hakim. Keputusan penuh menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Ulasan Perlawanan Felda United menentang Kedah

 

 

Kesebelasan Utama Felda menentang Kedah. Sumber : Twitter Berita Bola Semasa

Perlawanan antara Felda dan Kedah agak seimbang pada separuh masa pertama. Walaupun terdapat percubaan oleh kedua-dua pasukan namun mereka masih buntu untuk mendapatkan golĀ  pada separuh masa pertama. Ken Ilso dan Badrol mempunyai peluang terhidang namun kegopohan menggagalkan pasukan pelawat mendapatkan gol sulung.

Pada separuh masa kedua, Sandro mendapatkan gol sulung Kedah melalui sepakan penalti Sandro pada minit ke 60. Penalti terhasil selepas pemain sayap kebangsaan, Syazwan Zainon berjaya memasuki kotak penalti Felda dan dijatuhkan. Pemain gantian Muhammad Hadin Azman berjaya menyamakan kedudukan melalui satu tandukan hasil sepakan sudut yang dilakukan oleh Wan Zack Haikal pada minit ke 86.Keputusan penuh menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

 

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2017

Perak vs JDT 1-1

Hasbullah (gol sendiri) minit 8

Ghadar minit 68

Felda vs Kedah 1-1

Sandro minit 60

Muhammad Hadin Azman minit 86

 

 

 

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin dan Menteri Besar Perak , Datuk Seri Zambry Kadir menyaksikan perlawanan separuh akhir di Stadium Ipoh, Perak. Sumber Gambar – BernamaTV
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)