LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2015 telahpun bermula. Perlawanan antara pasukan Felda menentang Kedah di Stadium Selayang berkesudahan dengan keputusan kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Pasukan Felda selaku tuan rumah berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke 17 melalui Thiago Augusto.

Pemain import Kedah, Sandro da Silva berjaya mengikat keputusan perlawanan melalui tandukan. Namun pada minit ke 55, pemain import sensasi Felda, Thiago menjaringkan gol kedua untuk menjarakkan kedudukan.
Namun pemain Kedah, Chidi Edeh berjaya mendapatkan gol pada minit ke 63 untuk memberikan bekalan gol di tempat lawan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 8 Disember ini.
pahang-vs-selangor

Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan Pahang menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, Pahang. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Walaupun barisan serangan Pahang diketuai Dickson Nwakaeme menyerang namun barisan pertahanan Selangor ampuh menahan serangan.
Keputusan kekal 0-0 hingga wisel penamat.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)