LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Separuh AKhir Kedua Piala Malaysia 2017 : JDT, Kedah layak ke akhir

Hari ini telah berlangsung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017. Pertarungan antara empat pasukan bagi menentukan dua pasukan yang akan berentap di perlawanan akhir nanti.
Pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, keempat-empat pasukan terikat dengan keputusan 1-1 iaitu antara Perak dan JDT serta Felda dan Kedah.
Keputusan ini membuatkan tiada pasukan mempunyai kelebihan besar dan perlawanan kedua bakal penentu untuk pasukan yang akan ke akhir seterusnya mencari juara edisi ke 91.

Ulasan Perlawanan JDT menentang Perak
Pasukan JDT selaku tuan rumah mempunyai kelebihan. Dengan beraksi di tempat sendiri serta bantuan ribuan sokongan penyokong menyaksikan pasukan JDT banyak mengasak pada separuh masa pertama. Kekentalan barisan pertahanan dan penjaga gol Perak menjadi penghalang untuk skuad JDT mendapatkan gol sulung pada separuh masa pertama.
Perak juga mempunyai beberapa peluang namun tidak membuahkan hasil.

Masuk ke separuh masa kedua, pasukan Perak memulakan aksi pantas untuk mendapatkan gol awal. Namun ketika ghairah untuk mendapatkan gol, serangan balas JDT membuahkan hasil. Pemain import, Gonzalo Cabrera memanfaatkan peluang di sebelah kiri untuk menewaskan penjaga gol Perak pada minit ke 60.
Pasukan Perak mempunyai peluang tetapi gol tidak dikira kerana offside. Ketika pemain Perak masih belum settle down, pasukan JDT menambah gol kedua melalui Gabriel Guerra pada minit ke 74 untuk gol kedua perlawanan.

Cabrera sekali lagi menjaringkan gol seterusnya menutup sisa peluang Perak pada minit 80.

Ulasan Perlawanan Kedah menentang Felda
Beraksi di gelanggang sendiri Kedah cuba untuk menguasai perlawanan tapi pasukan Felda berjaya mengimbangi pasukan lawan.
Pemain import Kedah, Sandro berjaya mendapatkan gol untuk Kedah pada minit ke 70 selepas melakukan half volley yang berjaya menewaskan penjaga gol Felda, Farizal Harun.

 

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2017

JDT vs Perak 3-0 [ Aggregat 3-1 ]
Cabrera(JDT) minit 60

Guerra(JDT) minit 74

Cabrera (JDT) minit 80

Kedah vs Felda 2-0 [Aggregat 3-1]
Sandro (KED) minit 70
Sandro (KED) minit 85

Nampaknya pasukan JDT akan bertemu Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Pasti ianya pertembungan yang cukup hebat dan dinantikan oleh peminat tempatan.Kedah juga mencatat sejarah layak ke perlawanan akhir untuk kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2015.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Separuh AKhir Kedua Piala Malaysia 2017 : JDT, Kedah layak ke akhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)