post

Keputusan separuh akhir badminton Dunia 2013

Perlawanan badminton kejohanan badminton dunia 2013 telah masuk ke peringkat separuh akhir. Seperti yang kita sedia maklum, hanya 1 wakil dari Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang bermain bagi acara perseorangan lelaki. Satu slot akhir telah diisi oleh musuh utama, Lee Chong Wei iaitu Lin Dan dari China yang telah menumpaskan pemain dari Vietnam, Tien Minh Nguyen dengan keputusan 21-17, 21-15. Walaupun telah berehat panjang namun seteru utama masih berbisa dan berjaya menumbangkan pemain-pemain yang memiliki ranking lebih tinggi. Keputusan ini menunjukkan bahawa Lin Dan masih berbisa dan pasti menginginkan kemenangan dalam Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang berlangsung di Guangzhou, China.

Du Pengyu vs Lee Chong Wei
how to do a screenshot on a pc

Pada perlawanan separuh akhir kejohanan badminton dunia 2013 ini, Lee Chong Wei bertemu seorang lagi pemain dari China, Du Pengyu. Pemain ini bukan calang-calang dan akan menjadi antara pengganti kepada Lin Dan. Lee Chong Wei yang tidak pernah menang kejohanan dunia sepanjang kariernya perlu menumbangkan pemain berusia 25 tahun ini. Walaupun rekod keputusan memihak kepada Lee Chong Wei namun beliau pernah sekali tumpas kepada Du Pengyu dan perlawanan ini perlu diambil serius jika beliau ingin ke perlawanan akhir menentang Lin Dan. Adakah beliau berjaya menumbangkan pemain China ini? Berikut merupakan keputusan perlawan separuh akhir Badminton Dunia 2013 antara Lee Chong Wei dan Du Pengyu.

Keputusan perlawanan separuh akhir badminton dunia 2013 – Lee Chong Wei vs Du Pengyu

Lee Chong Wei vs Du Pengyu 20-22 ,21-12, 21-15

** Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi perlawanan separuh akhir dan akan bertemu Lin Dan di perlawanan akhir nanti. Pertemuan antara pemain no 1 dunia ini pasti dinanti-nantikan. Mampukah beliau menumbangkan wakil China yang bermain di kejohanan ini melalui tiket wild card ini? Kita tunggu esok..

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan separuh akhir badminton Dunia 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.